Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Wednesday 12 March 2014

Unknown

[SINAR HARIAN] Bapa rogol anak


IPOH - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun berhadapan detik hitam kerana menjadi mangsa bapanya melampiaskan nafsu sejak berusia empat tahun.

Anak sulung daripada tiga adik beradik itu bagaimanapun bertindak membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, berdasarkan laporan polis dibuat, mangsa mendakwa dirogol bapanya yang juga penagih dadah dari tahun 2004 sehingga 2007.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika mangsa berusia 4 hingga 7 tahun di sebuah rumah di Taman Ipoh Jaya, di sini.

“Apabila keluarga terbabit berpindah ke Buntong, mangsa mendakwa suspek sering memujuknya melakukan hubungan seks tetapi tidak dipersetujui.

“Selain itu, mangsa turut mendakwa suspek juga sering mengajaknya menonton video lucah di televisyen atau telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, terbaharu pada Ahad lalu, ketika mangsa bersama ibunya di dalam bilik, suspek tiba-tiba bertindak memeluk mangsa.

“Ketika kejadian, mangsa sempat menjerit dan akhirnya suspek melepaskan pelukan tersebut,” katanya.

Chang Keong berkata, suspek ditangkap pada hari kejadian dan ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan,” katanya.
sumber : sinarharian 

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.