NEW DELHI - INDIA. Penduduk di kepulauan Maldives mendakwa ternampak
sebuah pesawat yang ciri-cirinya menyamai fizikal MH370 membuat
penerbangan rendah pada 8 Mac lalu.
Memetik laporan portal Haveeru.com, beberapa penduduk di Kudahuvadhoo melihat pesawat tersebut pada jam 6.15 pagi (9.15 pagi waktu tempatan).
Menurut saksi, pesawat tersebut yang berwarna putih dan mempunyai garisan merah, padan dengan sifat pesawat MAS yang dilaporkan hilang.
Katanya lagi, pesawat tersebut bergerak dari utara ke hujung selatan Maldives.
Saksi yang ditemui juga menambah, bunyi pesawat tersebut amat bising semasa bergerak merentasi kepulauan tersebut.
"Saya tidak pernah lihat jet yang terbang sebegitu rendah. Saya pernah lihat pesawat ringan dan saya pasti jet tersebut bukan pesawat ringan.
"Bukan saya sahaja, beberapa orang lagi juga nampak. Sesetengah daripada mereka keluar dari rumah untuk melihat apakah yang menyebabkan bunyi bising tersebut," kataya.
Sementara itu, laporan itu menyebut, seorang pakar penerbangan tempatan memberitahu, bahawa 'kemungkinan besar' MH370 melintasi Maldives.
Bagaimanapun, kebarangkalian untuk mana-mana pesawat untuk terbang rendah pada waktu yang direkodkan adalah sangat rendah.

Note: only a member of this blog may post a comment.