Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Friday, 14 March 2014

Unknown

[Gempar] Objek Berkilauan Di Langit Kuala Krai



Gempar Objek Berkilauan Di Langit Kuala Krai | Penduduk setempat di situ mendakwa ternampak objek berkilauan di langit dan besarnya seperti kertas A4. mereka juga mendakwa
objek berkenaan kelihatan seolah-olah seperti kertas dalam jumlah yang banyak dibuang dari jarak tinggi dan tersusun jatuh. Baca selanjutnya

Gempar Objek Berkilauan Di Langit Kuala Krai

penduduk disitu mendakwa, objek berkenaan dapat dilihat dalam masa kurang satu jam dan ramai pengguna yang memberhentikan kenderaan masing- masing untuk melihatnya objek pelik yang banyak itu

Ramai yang kagum melihatnya dan beranggapan kesemua itu berlaku atas kehendak ALLAH SWT kerana manusia tidak dapat mencampak apa-apa  barangan daripada ketinggian seperti itu.

Salah seorang yang menyaksikan kejadian tersebut ialah Zalahuddin Ismail, 53.
Pemandu kereta sewa itu menyaksikan sendiri kejadian itu berhampiran stesen kereta sewa selepas dimaklumkan dua wanita yang dipercayai mula-mula melihatnya.

Menurutnya, pemandu kereta sewa yang berada di stesen berkenaan sempat melihat kejadian dianggap pelik itu kemudian diikuti pengguna jalan yang memberhentikan kenderaan setelah dimaklumkan tentang perkara itu.

“Objek seperti ini tidak pernah dilihat sebelum ini dan gambar objek tersebut sukar dirakam kerana kedudukan terlalu jauh.

“Objek ini sesekali kelihatan terlindung di sebalik awan, jatuh sebelum hilang dari pandangan
,” katanya ketika ditemui pagi semalam.

Zalahuddin berkata, walaupun hanya seketika dapat melihat objek tersebut, dia yakin ia berlaku atas kekuasaan ALLAH SWT.

Rakannya, Hasan Husin, 56, dari Bukit Sireh berkata, dia tidak pernah melihat kejadian seumpamanya sebelum ini.

Dia yakin kejadian berlaku atas kehendak ALLAH  SWT yang mahu manusia sedar semua boleh berlaku dengan keizinan-Nya.

Menurutnya, jalan berhampiran stesen kereta sewa sesak seketika memandangkan orang ramai memberhentikan kenderaan masing-masing untuk turut melihat kejadian luar biasa itu.

Bagi Pengerusi Persatuan Kereta Zewa Kuala Krai, Mohd Yusoff atau lebih dikenali sebagai Abang Pa berkata, seumur hidupnya ini adalah kali pertama dia melihat objek seperti kertas berada di sekitar awan kemudian jatuh.

Menurutnya, objek berkenaan dapat dilihat dengan jelas dan adakalanya terlindung di sebalik awan dan jatuh sehingga jumlahnya berkurangan dan hilang dari pandangan kurang dari satu jam itu.

Nota : Admin pun tak tahu nak komen apa sebab tiada di tempat kejadian itu. Apa pun ini mungkin salah 1 tanda kebesaran Allah . Apa komen korang ?

Sumber : sinarharian

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.