Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Saturday, 8 March 2014

Unknown

[PANAS!!] Kak Engku Nasihat Hanez Suraya ..


KUALA LUMUR, 7 MAC 2014: Isu pelakon, Hanez Suraya yang dituduh merampas suami orang baru-baru ini telah menjadi perbualan dan perhatian ramai termasuk selebriti tanah air.

Terpanggil untuk mengulas mengenai isu pelakon berkenaan, penyampai radio Sinar FM, Raja Azura atau lebih popular dengan panggilan Kak Engku akui sepatutnya sebagai seorang wanita, Hanez perlu lebih menghormati perasaan wanita lain.

"Pada saya Hanez perlulah hormati hati wanita lain kerana fikirlah kalau lelaki itu boleh buat begitu pada isterinya tak mustahil dia boleh buat perkara yang sama kepadanya.

"Saya rasa janganlah campur masalah rumahtangga mereka dan lebih baik nasihatkan lelaki itu selesaikan rumahtangganya dahulu sebelum meneruskan hubungan dengannya.

"Fikirlah, pasti ada sebab mengapa rumahtangga mereka bermasalah dan Hanez belum tahu lagi apa masalah sebenarnya,"katanya kepada murai.com.my di Menara Kuala Lumpur sebentar tadi.

Kak Engku pagi tadi menyahut cabaran bersiaran bersama Sinar FM dari ketinggian 300 meter di atas Lapangan Terbuka Menara Kuala Lumpur seawal jam 6 pagi tadi.

Cabaran itu disahut sempena Hari Wanita Sedunia tahun ini. Selain itu ianya bertujuan untuk mengumpul dana untuk Persatuan Ibu Tunggal Malaysia.

Bercerita mengenai pengalamannya yang pertama kali bersiaran di tebing atas tempat terbuka Menara Kualumpur itu, Kak Engku akui sangat gementar.

"Terus-terang dari semalam saya tidak dapat tidur dan makan apa-apa kerana terlalu berdebar. Tapi alhamdulilah saya dapat laksanakan dengan sempurna.

"Saya harap semangat ini dapat dijadikan inspirasi kepada ibu tunggal lain dan saya mahu ianya jadi kebanggaan pada anak-anak saya juga," luahnya lagi.

Hasil kutipan dan pembelian tiket pengunjung pada waktu siaran itu mereka berjaya mengumpul RM3,000.

sumber: murai.com

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.