PETALING JAYA: Pelakon sensasi Rozita Che Wan mengesahkan beliau sedang
hamil setelah memuatnaik sekeping gambar alat ujian kehamilan yang
jelas menunjukkan tanda 'positif', di laman Instagramnya.
"Alhamdullillah...syukur dengan nikmat mu Ya Allah...amin"
Pengesahan itu akhirnya menjawab teka-teki suaminya yang juga seorang
pelakon, Zain Saidin, 30, sebelum ini yang mengesyakki isterinya itu
hamil.
Zain sebelum ini berkata sekiranya benar Rozita mengandung, ia adalah
hadiah hari lahir (pada 23 Februari lalu) yang terbesar pernah
diterimanya.
"Jeng..jeng..jeng.. Mungkin (Rozita mengandung). Nak kena buat
pemeriksaan doktor dahulu jika ada 'orang baru' akan sertai kami
sekeluarga atau tidak.
"Tetapi jika benar, kiranya berita itu satu hadiah buat saya dan semestinya isteri," ujarnya sebelum ini.
Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam.
Rozita juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.
sumber antarapos
Note: only a member of this blog may post a comment.