Ini antara Intipati Kuliah yang disampaikan oleh beliau selepas solat Maghrib di sebuah masjid:
1.Kembali kepada cara hidup islam. Sistem Islam, kembali kepada Allah.
Insaflah yang kita sedang diuji Allah.
2.Air di empangan makin kurang. 3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru
MH370. Berpuluh-puluh kapal dan aircrafts cari pun tak jumpa. Allah nak
ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.
3.Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga
habis untuk dijadikan tinta, masih tak mampu nak menulis kalimah Allah.
Apatah lagi ilmuNya.
4.Beliau(Dr Harun Din) bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yang
haram…maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah
akan turun bala.
5.Apa yang berlaku pada MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia.
Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi
kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya…
Allah hina negara kita dengan peristiwa macam ni.
6.Majoriti manusia tak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati
bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik.
Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf.
7.Bila dah 3 ke 4 hari tak jumpa baru nak ingat Allah.. Baru nak solat
hajat. Bagi yang terang mata hati..terus baca innalillahi wainna
ilaihirojiuun sewaktu awal-awal peristiwa berlaku.
8.Beliau(Dr Harun din) mengeluarkan pendapat ikut pengalaman, beliau
melihat Saudi Airline dan Brunei amat menekankan kepada juruterbang
mereka bacaan doa(bagi yang muslim) sebelum melakukan penerbangan.
9.Kenapa kita tak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan?
Di malaysia ni..banyak sangat orang Islam percaya perkara
khurafat..bomoh dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di
KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang… Hingga 1 dunia tengok
kebodohan dan kesyirikan yang berlaku di negara kita… Lihat dengan mata
hati…itu penghinaan Allah pada kita.
Note: only a member of this blog may post a comment.