KUALA LUMPUR –
Laporan beberapa ahli keluarga penumpang yang mendakwa berjaya
menghubungi telefon bimbit penumpang yang menaiki pesawat MH370, terus
mengusutkan lagi teori kehilangan kapal terbang yang membawa 239
penumpang itu ketika operasi mencari dan menyelamat masuk hari kelima,
hari ini.
Profesor William Webb dari Akademi Kejuruteraan Diraja Britain ketika
menjawab isu itu berkata, telefon bimbit penumpang sepatutnya tidak akan
berfungsi kerana mungkin berada di dalam air, di luar kawasan liputan
dan juga kehabisan bateri.
“Dalam kes yang didakwa ahli keluarga mangsa, deringan yang didengari
mungkin nada sebelum panggilan itu memasuki perkhidmatan peti suara,’’
katanya kepada MailOnline. Sementara itu, seorang lagi pakar
telekomunikasi, Alan Spencer berpendapat deringan tersebut membuktikan
telefon bimbit itu tidak berada di dalam air. Katanya, telefon bimbit
hanya akan berbunyi jika dihidupkan dan berada di dalam kawasan liputan.
Ini bermakna, jika telefon bimbit itu benar-benar dapat dihubungi,
pesawat itu telah mendarat di daratan dan di lokasi yang mempunyai
liputan berbanding di dalam hutan atau kawasan laut.
Sementara itu, Dr. Martyn Thomas dari Institut Teknologi dan
Kejuruteraan tampil dengan teori yang men dakwa kehilangan MH370 mungkin
melibatkan kerosakan alat komunikasi secara tiba-tiba. Martyn
menjelaskan, proses penyahmampatan secara mengejut yang berlaku di dalam
pesawat boleh menyebabkan semua penumpang, krew dan juruterbang pengsan
atau terbunuh, sekali gus merosakkan peralatan komunikasi , lapor
utusan
Dalam senario itu, katanya, pesawat terbabit mungkin terbang secara
sendiri melalui sistem panduan automatik dan berada pada jarak kira-kira
3,218 kilometer dari lokasi kejadian sebelum mendarat atau terhempas.
Sumber : Awani
Sumber : Awani
Note: only a member of this blog may post a comment.