Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Friday 29 April 2016

Unknown

ASAL USUL BANGSA MELAYU (SEJARAH LENGKAP)


Acap kali hari ini, suara-suara sumbang mengatakan bahawa Melayu itu sebagai pendatang. Maka, kami merasakan sudah tiba masanya untuk kami mengeluarkan artikel yang kembali membincangkan benarkah Melayu ini pendatang, dan siapakah penghuni asal di Tanah Melayu dan Nusantara ini? Maka, inilah masanya kalian mengembara bersama kami menyelami artikel kali ini.

[Austronesia dan Rumpun Melayu]

Orang Melayu ialah salah satu daripada bangsa dalam keluarga rumpun bangsa yang sangat luas yang dikenali sebagai Melayu-Polinesia ataupun Austronesia [1]. Antara suku-suku bangsa dalam rumpun ini ialah Melayu, Jawa, Bugis, Sunda, Maori, Hawaii, Fiji, dan sebagainya. Wilayah yang dikatakan merupakan wilayah bangsa Melayu adalah sangat luas.

Berdasarkan buku kajian Walace, seorang pakar Antropologi dan Sejarah dunia daripada Universiti Oxford (1863), bukunya yang bertajuk The Malay Archipelago, beliau menakrifkan penduduk gugusan Kepulauan Melayu sebagai rantau Asia Tenggara yang hampir-hampir berbentuk segi tiga, bermula di Pulau Nikobar di Timur Laut ke Pulau Solomon di Tenggara, dan dari Luzon di Utara ke Rotti dekat pulau Timor di Selatan. Kawasan yang luas itu dibahaginya kepada beberapa kumpulan kumpulan: Kepulauan Indo-Malaya, Kepulauan Timor, Kepulauan Maluku dan Kepulauan Papua. [2]

Sejak sekian lama, rumpun Austronesia ini turut dikenali sebagai rumpun Melayu. Pada tahun 1879, untuk pengetahuan semua, parlimen Haiwaii dengan bantuan Maharaja Abu Bakar, Sultan Johor pada ketika itu telah mengusulkan satu usul yang bertajuk, “Penyatuan Dunia Melayu.” King Kalākaua, seorang raja kerajaan Hawaii yang bebas pada ketika itu, merupakan antara orang yang mencadangkan penyatuan tersebut. Mereka saling memanggil “ADIK BERADIK MELAYU YANG HILANG.”

Katanya. Bangsa Melayu yang meliputi daripada Kepulauan Pasifik sehinggalah ke Kepulauan Melayu di Asia Tenggara haruslah bersatu membentuk Pan-Malay Unity, dan kesatuan itu diharap mampu mengelak daripada penjajahan. Tambah mengagumkan, ketika itu Maharaja Abu Bakar sempat menghadiahkan senaskah Al-Quran kepada King Kalakua dan isterinya serta anak perempuannya, Queen Emma dan Princess Pauahi. [3]

Terdapat banyak teori-teori mengenai asal-usul Melayu, antaranya ialah Melayu berasal daripada Yunnan dan Taiwan. Namun, teori terbaru yang dikeluarkan oleh pakar arkeologi di Malaysia mengatakan bahawa bangsa Melayu sebenarnya sudah berada di Nusantara sejak 74000 SM. Antara pakar arkeologi yang mengeluarkan teori ini adalah Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan teori ini sekaligus mematahkans emau teori yang sudah lapuk ditelan dek zaman. [4]

Teori yang seterusnya bercakap mengenai kedatangan bangsa Melayu adalah dibangkitkan oleh Dr Oppenheimer yang mengatakan bahawa bangsa Melayu memang berasal daripada Asia Tenggara. Beliau berhujah mengatakan bahawa suatu masa dahulu, ketika zaman ais, Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia, Borneo, Filipina saling bergabung antara satu sama lain sebelum akhirnya tenggelam akibat penghujung zaman ais dan benua yang dua kali ganda lebih besar daripada benua India itu akhirnya dipisahkan dek air laut.

Akibat daripada banjir besar tersebut, maka berterbaranlah rumpun-rumpun Melayu ke serata tempat sehingga sejauh ke Hawaii. Mistos banjir besar ini masih tersimpan dalam setiap bangsa dalam rumpun Melayu-Polinesia itu sendiri, bahkan nenek moyang melayu, iaitu Proto Melayu turut menyimpan kisah mereka tersendiri mengenai kisah banjir besar yang memaksa mereka tersebar ke merata tempat.

(Kepada yang bakal bertanya orang ASLI ialah pribumi asal di sini, maka kata saya Proto Melayu itu salah satu daripada suku-suku orang asli di Malaysia, maka terima kasih kerana mengatakan bahawa kami ialah penghuni asal di sini.)

Teori ini disokong oleh Human Genome Organisation mememui bukti genetik yang selaras dengan teori yang dikemukakan oleh Oppenheimer. Bukti itu menyarankan bahawa sebaran kependudukan di Asia berlaku melalui kepulauan Asia Tenggara, tanpa penghijrahan dari tanah besar Asia. Selain itu, Martin Richards, professor Archaeogenetics dari Leeds University,yang dilaporkan di laman web Universiti Oxford juga telah menemui bukti dalam kajian DNA yang meranapkan teori Melayu berasal daripada Yunnan dan Taiwan.

Su B et. al. yang berjudul “Y-Chromosome evidence for a northward migration of modern humans into Eastern Asia during the last Ice Age” yang diterbitkan dalam American Journal of Human Genetics pada tahun 1999 turut mengatakan hal yang sama. Beliau mengatakan bahawa rekod terawal mengenai pendudukan manusia adalah di Asia Tenggara. [5] [Asal Usul Nama Bangsa Melayu]

Terdapat banyak rekod yang membincangkan mengenai di manakah asal-usul nama MELAYU itu sendiri. Antara rekod terawal yang mencatatkan mengenai nama MELAYU dalam sejarah itu sendiri adalah di dalam peta Ptolemy seawal abad pertama Masihi yang mencatatkan kawasan di Semenanjung Emas yang turut dikenali sebagai Maleu-kolon. [6]

Selain itu, antara rekod terawal mengenai asal-usul nama Melayu ini ialah mengenai sebuah kerajaan Melayu yang wujud sejak abad keempat Masihi di Sumatera yang dikenali sebagai Moloyu. Moloyu ialah sebuah kerajaan bebas yang dipercayai wujud sejak abad keempat Masihi sebelum ditawan oleh sebuah empayar Melayu bernama Srivijaya. [7]

Selepas itu, dalam catatan-catatan Dinasti China seperti Yuan dan Ming, nama orang Melayu banyak kelihatan. Orang China biasanya akan merujuk kepada bangsa Melayu. Antara sebutan dalam pelat Cina ialah Bok-la-yu, Mok-la-yu, Ma-li-yu-er, Oo-lai-yu, dan Oo-lai-yu. [8] [Kerajaan-Kerajaan Melayu Awal Yang Didirikan Oleh Bangsa Melayu]

Antara kerajaan terawal yang didirikan oleh bangsa Melayu ialah TAMADUN LEMBAH BUJANG yang seawal 500 SM lagi. Penempatan di Lembah Bujang ini juga dikatakan merupakan Tamadun Terawal di Asia Tenggara. 13 Tinggalan Senibina Pusat Pentadbiran di Kompleks Sungai Batu yang ditemukan di bahagian barat pelabuhan kuno Sungai Batu dan empat penemuan itu berusia lebih daripada 500 SM. [8]

Kemudian, antara kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud selepas Tamadun Lembah Bujang di Nusantara adalah seperti berikut, Langkasuka, Srivijaya, Gangga Negara, Chih Tu, Pan-Pan, sehinggalah kewujudan Melaka antara bukti bahawa Melayu adalah orang pertama di tanah ini

Langkasuka pernah masyur dalam catatan China, dan pernah disebut di dalam catatan seperti Ibnu Batuta dan Marco Polo. Diceritakan dalam pelbagai catatan China mengenai luasnya empayar ini, jauh dari China dan kekayaan serta ekonomi yang diamalkan oleh Langkasuka. [9] [10]

Srivijaya pula merupakan Empayar Melayu Pertama yang didirikan oleh bangsa Melayu di Nusantara. [11] Dikatakan asal usul empayar ini adalah dimulakan oleh seorang raja Melayu yang membawa 20 000 orang askar dari lokasi misteri yang bernama Minanga dan menawan Palembang. [12] Srivijaya ketika di puncak kegemilangannya menaungi seluruh Nusantara.

Ketika zaman kemasukan Islam, kerajaan-kerajaan Islam seperti Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Acheh, Kesultanan Pasai, Kesultanan Brunei antara kerajaan-kerajaan Melayu yang mula naik dan menguasai nusantara.

Namun, era ketika itu adalah terkemudian dan mula memasuki zaman pertengahan dan lewat zaman pertengahan. Antara kesultanan Melayu yang terawal yang wujud di Semenanjung ialah Kesultanan Kedah dan merupakan antara kesultanan tertua di dunia. Namun, masih belum ada bukti kewujudan kerajaan-kerajaan tamadun bangsa lain melainkan hanyalah dibina oleh orang Melayu.

[Kesimpulan]

Berdasarkan bukti-bukti yang saya bangkitkan di atas, maka tidak hairan lagi bahawa bangsa Melayu adalah natives, pribumi, dan orang asal di tanah mereka sendiri. Namun, ini juga bukan alasan untuk orang Melayu memanggil kaum lain dengan pelbagai gelaran negatif.

Dan bukti yang saya paparkan dalam makalah ini harap dapat diterima dengan hati terbuka, kalau ada sebarang kelompongan yang perlu diperbaiki, moga dilontarkan teguran di ruangan komen.

-HE-

(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

Rujukan:

1. Blust, Robert (1985). “The Austronesian Homeland: A Linguistic Perspective”. Asian Perspectives 26: 46–67.

2. Shaharir Mohd Zain. BUII. Malaysian Math. Sc. Soc. (Second Series) 23 (2000) IBZ-220: Angka Melayu Sebelum Kedatangan Islam . pg 187

3. Mazlan Nordin. Artikel Utusan: Sejarah Kesatuan Dunia Berbahasa Melayu. 18/09/2011

4. Artikel terbitan Malaysian Insider. (Tajuk: Kajian bukti Melayu bukan pendatang dari China, kata ahli akademik.) Tulisan JAMILAH KAMARUDIN pada 25 October 2014.

5. Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar. Dewan Bahasa Dan Pustaka (2014). Peri Nama, Asal Usul dan Identiti Melayu: Ke arah Pencerahan yang Dinantikan

6. Gerolamo Emilio Gerini (1974). Researches on Ptolemy’s geography of eastern Asia (further India and Indo-Malay archipelago. Munshiram Manoharlal Publishers. Pg. 101

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.