Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Wednesday 5 March 2014

Unknown

[SEMASA] Harga Ikan Tuna Mencecah RM5 Juta Di Jepun?



Ikan Tuna Jepun Harga RM5Juta


Jepun hari ini mencatatkan rekod apabila seekor ikan tuna ‘bluefin’ dijual pada harga 155 juta yen (RM5.1 juta) iaitu hampir tiga kali ganda berbanding harga tahun lalu. Secara tradisi harga yang tinggi menandakan kadar permulaan tahun.

Malah harga yang dibida hari ini disifatkan sebagai “agak mahal” oleh pemilik restoran sushi, Kiyoshi Kimura yang turut membayar harga yang tinggi tahun lalu. Harga RM5.1 juta itu dibayar bagi tuna seberat 222 kilogram (kg), yang ditangkap timur laut. Ia 47kg lebih ringan berbanding harga paling tinggi dibayar tahun lalu.

Harga tinggi tahun lalu ialah 56 juta yen. Bagaimanapun harga tidak digambarkan oleh kualiti ataupun saiz ikan, sebaliknya lebih dikaitka dengan publisiti dan ramalan suasana perniagaan satu-satu tahun.

Ikan dilelong di pasar Tsukiji, yang memperdagangkan produk bernilai jutaan ringgit dan lokasi popular bagi pelancongan bermula pada jam 5 pagi waktu tempatan. Sebaik sahaja membida harga tertinggi, Kimura menghantar tuna itu ke restorannya, Sushi Zanmai, yang terletak tidak jauh dari pasar.

Laporan media memetik beliau sebagai berkata, beliau mahu “menggalakkan rakyat Jepun” menerusi bidaannya. Tuna itu dijual AS$7,600kg (RM22,800kg). Potongan terbaik tuna ‘bluefin’ yang dikenali sebagai “o-toro” boleh dijual sehingga 2,000 yen (RM70)

Feroz – Kalau macam tu, aku nak jadi nelayan di Jepun, untung – untung dapat RM5 Juta pancing tuna. Balik Malaysia, beli banglo mewah! Hahaha

Sumber: GilerKentang

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.