Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Tuesday, 3 May 2016

norliyana suhaimi

10 Perkara Yang Patut Anda buat Bila Usia Jejak Ke 30 Tahun



Apakah 10 Perkara Yang Patut Anda buat Bila Usia Jejak Ke 30 Tahun

Apakah 10 Perkara Yang Patut Anda buat Bila Usia Jejak Ke 30 Tahun

Artikel ini saya ambil dari satu blog tentang apakah 10 perkara yang patut anda lakukan ketika umur anda sudah menjejak ke 30 tahun.. saya masih ada 2 tahun untuk jejak ke 30 ,dan sampai sekarang masih banyak perkara belum saya buat.semoga Allah memberkati usaha saya.doakan saya boleh mendapat apa yang saya hajati walaupun saya sendiri kadangkala membuat silap dalam tak sedar..berbalik kepada tajuk artikel ini.mari kita teruskan pembacaan tentang 10 perkara yang patut anda buat bila usia dah mencapai 30 tahun.

Apakah 10 Perkara Yang Patut Anda buat Bila Usia Jejak Ke 30 Tahun
Simpan duit

Walau pun sikit. Memang kedengaran seperti nasihat biasa tapi pada usia ini karier selalunya sudah stabil, jadi jangan bazirkan wang gaji dengan perkara tak berfaedah. Anda dah matang.


2. Perbaiki hubungan keluarga
Walau pun ada sikap adik beradik yang anda tak suka tapi anda harus belajar menyayangi mereka. Ikatan keluarga paling penting. Di saat orang lain menentang anda, keluargalah yang selalunya memberi sokongan.

3. Jangan tangguh impian
Nak mendirikan rumah tangga, sambung belajar, tukar kerjaya sila buat sekarang. Usia dah 30 ok. Jangan berkata nantilah, nanti itu adalah sekarang. Begitu juga impian ke Makkah untuk menunaikan haji, lakukan ketika muda, waktu tubuh sihat dan bertenaga.

4. Berhenti makan benda mengarut
Anda boleh buat banyak duit pada usia 20, 30, 40 dan seterusnya. Tapi anda tak boleh beli kesihatan. Belajar kurangkan makanan segera dan jajan pada usia ini untuk manfaat kesihatan pada usia tua.


5. Bersukan
Mulakan gaya hidup sihat. Jadikan bersukan sebagai salah satu hobi seperti berbasikal, zumba atau sekadar joging. Tolong jangan tambah berat badan ketika ini kerana percayalah anda sukar untuk kembali kurus.

6. Jangan merokok
Ia mahal, bau busuk dan memang penyebab kepada masalah kesihatan. Tolong buang tabiat ini. Makin lama anda dengan tabiat ini makin berisiko kesihatan anda.

7. Pakai krim pelindung matahari
Sinaran matahari secara terus pada kulit antara punca kedutan Sila pakai krim pelindung matahari jika anda tidak mahu kelihatan lebih tua dari usia.

8. Melancong
Keluarlah melihat dunia sejauh mana yang anda boleh dan mampu. Ibarat kata jauh perjalanan luar pemandangan, melancong mampu mengubah cara pemikiran malah sikap diri.

9. Hargai teman
Seharusnya ketika ini anda sudah punya teman ketawa dan menangis bersama. Hargai mereka dan teruskan silaturahim. Sentiasa berhubungan walau tidak bersua dengan mereka kerana inilah teman anda ketika tua nanti.

10. Beli rumah
Sebaik keadaan kewangan stabil pada usia 30-an beli kediaman sendiri agar anda ada tempat yang selesa untuk pulang selepas seharian bekerja. Jika membeli rumah pada usia ini, besar kemungkinan menjelang umur anda 50-an hutang pun sudah hampir selesai.
Perkara terakhir ini sengaja tidak dimasukkan dalam senarai kerana tak perlu tunggu usia 30 tahun untuk melakukannya. Dalami agama, kembali ke pangkal jalan Pencipta kita kerana ajal dan maut mungkin datang sebelum usia 50 tahun.



Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.