Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Wednesday, 24 August 2016

Unknown

Allahuakbar ! Doktor Lakukan Bedah Siasat Pada Mayat Pelajar Tahfiz, Temui Sesuatu Yang Ajaib Di Otaknya !!

222


Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.
Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.
Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.
“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.
Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.
“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.
“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.
Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.
“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.
“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT. 

Wednesday, 22 June 2016

Unknown

Mazhab As-Syafie: Hukum berjimak ketika berpuasa di bulan Ramadhan serta syarat-syarat Kafarah



Orang-orang yang berbuka puasa atau membatalkan puasanya dengan sengaja –tanpa ada keuzuran Syara’- ada dua jenis;

A. Membatalkan puasa dengan bersetubuh
Bagi kes ini, ijma’ para ulama’ menyatakan bahawa orang yang melakukannnya wajib membayar kaffarah di samping wajib mengqadha’ puasanya. Kaffarah tersebut hendaklah mengikut urutan di bawah;

Membebaskan seorang hamba mukmin sama ada lelaki atau wanita
Jika tidak didapati atau tidak mampu, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut (yakni tanpa selang),
Jika tidak mampu, hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin dengan setiap orang satu cupak makanan asasi penduduk setempat. Bagi penduduk di Malaysia ini, makanan asasinya ialah beras.
(Perihal tentang makna kaffarah ini dan dalilnya telahpun kita terangkan diawal tadi (bersama dengan penerangan tentang Qadha’ dan Fidyah). Oleh itu tidak perlu kita ulangi lagi di sini)

Cuma di bawah ini sebagai huraian lebih lengkap tentang hukum kaffarah ini, kita kemukakan perincian berikut;

a) Termasuk dalam erti persetubuhan yang mewajibkan kaffarah (apabila cukup syarat-syaratnya ialah; mensetubuhi faraj, dubur (iaitu meliwat), persetubuhan melalui zina atau syubhah atau dalam nikah yang fasid, sama ada mensetubuhi lelaki atau perempuan, manusia atau binatang. Persetubuhan-persetubuhan ini memberi kesan yang sama kepada puasa jika cukup

b) Syarat-syaratnya iaitu; (1) Mewajibkan qadha’ puasa, dan (2) Mewajibkan kaffarah.

Syarat yang mewajibkan kaffarah itu ada lima, iaitu;
Hendaklah orang yang melakukan persetubuhan mengingati bahawa ia sedang berpuasa. Jika ia terlupa –semasa sedang melakukan persetubuhan itu- bahawa ia sedang berpuasa, tidaklah batal puasanya dan tidak wajib atasnya kaffarah.
Ia mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah haram bagi orang yang sedang berpuasa.
Persetubuhan itu bukan berlaku kerana paksaaan
Puasa yang dibatalkan dengan persetubuhan itu adalah puasa Ramadhan. Jika puasa yang dibatalkan itu adalah puasa qadha’, puasa nazar atau puasa kaffarah, maka tidaklah wajib kaffarah kerana hadis Nabi s.a.w. hanya menggkhususkan puasa Ramadhan dengan kaffarah tersebut, tidak puasa-puasa yang lain.
Ia bukan orang yang mendapat rukhsah kerana musafir. Maka seorang musafir yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh, tidak wajib kaffarah ke atasnya kerana Syara’ memberi keharusan kepada musafir untuk berbuka.
c) Menurut mazhab Syafi’ie, kaffarah hanya dikenakan ke atas lelaki sahaja tidak ke atas perempuan. Jadi, apabila suami dan isteri bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan, yang diwajibkan menunaikan kaffarah ialah si suami sahaja.

d) Apabila berbilang hari berlaku persetubuhan maka berbilang jugalah kaffarah yang mesti ditunaikan. Contohnya, jika persetubuhan belaku pada empat hari, maka kaffarah yang mesti ditunaikan ialah empat juga.

e) Adapun jika persetubuhan berlaku berulang-kali pada hari yang sama, maka kaffarah yang dikira hanya sekali sahaja.[1]

f) Bagaimana jika seseorang itu membatalkan puasa dengan perkara lain selain persetubuhan (seperti dengan makan), kemudian setelah puasanya batal barulah ia bersetubuh dengan isterinya, apakah wajib ke atasnya kaffarah? Jawapannya ialah; ‘tidak wajib’ kerana kafffarah diwajibkan ke atas orang yang membatalkan puasanya dengan jima’ (persetubuhan). Dalam masalah ini, puasa itu batal dengan sebab makan, adapun persetubuhan maka ia berlaku setelah terbatalnya puasa.

B. Membatalkan puasa dengan perbuatan yang lain dari bersetubuh (seperti makan, minum, mengeluarkan mani melalui cara lain dari bersetubuh seperti dengan tangan, menonton filem lucah, berkhayal atau sebagainya)

Tidak ada khilaf di kalangan ulama’ bahawa orang yang membatalkan puasanya dengan makan, minum dan mengeluarkan mani dengan tangan atau sebagainya tersebut, ia wajib mengqadha’kan puasanya itu. Namun apakah ia wajib membayar kaffarah sebagaimana orang yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh tadi? Dalam hal ini terdapat dua pandangan;

Pendapat pertama; Imam Malik, Abu Hanifah, ath-Thauri dan beberapa ulama’ lagi mereka berpandangan; Orang yang sengaja membatalkan puasanya dengan makan atau minum, wajib ke atas mereka Qadha’ dan Kaffarah sebagaimana orang yang sengaja membatalkan puasa dengan bersetubuh. Ini kerana tujuan perbuatan mereka adalah sama iaitu berbuka puasa dengan sengaja (tanpa ada keuzuran yang diakui oleh Syara’) di mana mereka telah mencabul kehormatan puasa dan bulan Ramadhan.

Pendapat kedua; Imam Syafi’ie, Ahmad dan ahli Dzahir berpandangan; yang wajib ke atasnya orang yang membatalkan puasa dengan perkara selain persetubuhan (sama ada dengan makan, minum atau mengeluarkan mani dengan tangan dan sebagainya selain bersetubuh) hanyalah qadha’ sahaja, tidak wajib kaffarah. Ini kerana hadis hanya mengkhususkan kaffarah ke atas orang yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh sahaja.

(Rujuk: Bidayatul Mujtahid, Imam Ibnu Rusyd, jil. 1, hlm. 398 dan al-Majmu’, jil. 6, hlm. 354)

Nota Kaki;

[1] Hanya persetubuhan yang membatalkan puasa sahaja yang mewajibkan kaffarah. Jadi apabila persetubuhan berlaku berulang-kali pada hari yang sama, sudah tentunya persetubuhan kali pertama yang membatalkan puasa. Adapun persetubuhan-persetubuhan yang lain, maka ia berlaku setelah puasa telahpun batal.

OLEH USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Wednesday, 15 June 2016

Unknown

Jangan Buang Biji Kurma..Baca nih


JANGAN BUANG BIJI KURMA!


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

Sahabat pencinta Makanan Sunnah!

Ramadan Al Mubarak bakal menjengah lagi, Subhanallah bulan mulia untuk semua umat Islam.

Ironinya bulan Ramadan akan dikaitkan dengan makanan baik untuk berbuka puasa iaitu KURMA atau TAMAR.

Kurma adalah buah ajaib, kecil pada saiznya namun jika diambil secara konsisten setiap hari, ianya adalah makanan terbaik buat kita umat manusia.

Kaya dengan Glukos kerana itu ianya amat sempurna untuk tenaga berpanjangan sepanjang hari.


Langkah demi langkah memproses biji kurma, saya menggunakan biji kurma Ajwa

Namun pada post kali ini saya ingin berkongsi ilmu  dengan biji kurma. Biji kurma sangat banyak khasiatnya, untuk kulit dan juga boleh dibuat minuman seperti kopi

jika anda makan kurma, jangan terus membuang bijinya. Simpan dan kumpul.

Cara cara memproses biji kurma;

Basuh biji kurma dan tos kering
Taburkan di atas dulang atau penutup periuk dan jemurkan seharian
Gorengkan biji kurma tanpa menggunakan minyak , goreng sehingga hangus pastikan biji kurma hitam legam, pada ketika ini biji kurma akan mengeluarkan bau harum dan sangat wangi persis biji kopi!
Tumbuk dengan batu lesung atau kisar dengan menggunakan pengisar kering (jangan risau kerana tekstur biji kurma sudah garing dan tidak keras) 
Simpan di dalam botol kaca dan boleh digunakan dengan jangkamasa yang lama

Buku Islamic Medicine The Key To A Better Life hasil tulisan dan kajian Yusuf Al Hajj Ahmad membicarakan secara terperinci mengenai KURMA

Kebaikannya? 

1) Sebagai minuman penganti kopi, warnanya tidak segelap kopi tapi rasanya seakan akan kopi. Ianya memberi tenaga baik pada peminum

2) Seperti dikongsi sahabat baik saya, Fadillah Nur beliau menggunakan serbuk biji kopi untuk membuat perapan daging dicampur dengan pelbagai rempah ratus dan Subhanallah perapan daging amat amat lembut

3) Digunakan sebagai scrub badan (saya akan kongsikan tips scrubbing dengan anda pada post yang lain) . Gabungan scrub biji kurma dengan #pevoo dan #madu akan membuatkan kulit badan anda selembut baby!. Natural? yes and safe!

4) Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan kronik sehingga menyebabkan anda BOTAK!!! maka inilah natural remedy atau cara semulajadi untuk mengaktifkan sel kulit kepala yang sudah mati. Amalan menyapu biji kurma dicampur dengan Minyak Zaitun Ramallah Extra Virgin PEVOO , maka hasilnya adalah TERBAIK. Penggunaan secara Konsisten setiap hari sebelum tidur اِ Ù†ْ Ø´َØ¢ Ø¡َ اللّÙ‡ُ  akan membuatkan sel kulit kepala yang bermasalah kembali sihat dan anak anak rambut kembali keluar dengan sihat!!!

Masya ALLAH, tidaklah ALLAH SWT menyebut sesuatu yang baik di dalam AL QURAN jika tidak mendatangkan kebaikan dan barakah pada semua Umat Manusia

Apa yang penting, YAKIN, TAWAKAL dan ISTIQOMAH



Live and Love Sunnah
Unknown

Awas dengan Ayam Tiruan tak halal dari China



Umat Islam di negeri ini dinasihat supaya berhati-hati ketika membeli ayam proses di pasar-pasar ...

Umat Islam di negeri ini dinasihat supaya berhati-hati ketika membeli ayam proses di pasar-pasar ekoran rampasan bekalan ayam import 1 tan dari China menggunakan sijil halal palsu.

Satu sumber memberitahu, ketika ini Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang menjalankan siasatan ke atas sebuah syarikat makanan sejuk beku yang disyaki menggunakan sijil halal palsu untuk menjual ayam yang diimport dari China.

Kata sumber itu, penipuan tersebut terbongkar selepas sepasukan pegawai penguat kuasa JKDM, JAIS dan Jabatan Veterinar Sarawak menahan sebuah kontena berisi daging ayam proses di Pelabuhan Senari di sini pada pukul 8 pagi, Selasa lalu tetapi diisytiharkan sebagai sayur brokoli dari China.

Tuesday, 3 May 2016

Unknown

10 Perkara Yang Patut Anda buat Bila Usia Jejak Ke 30 Tahun



Apakah 10 Perkara Yang Patut Anda buat Bila Usia Jejak Ke 30 Tahun

Apakah 10 Perkara Yang Patut Anda buat Bila Usia Jejak Ke 30 Tahun

Artikel ini saya ambil dari satu blog tentang apakah 10 perkara yang patut anda lakukan ketika umur anda sudah menjejak ke 30 tahun.. saya masih ada 2 tahun untuk jejak ke 30 ,dan sampai sekarang masih banyak perkara belum saya buat.semoga Allah memberkati usaha saya.doakan saya boleh mendapat apa yang saya hajati walaupun saya sendiri kadangkala membuat silap dalam tak sedar..berbalik kepada tajuk artikel ini.mari kita teruskan pembacaan tentang 10 perkara yang patut anda buat bila usia dah mencapai 30 tahun.

Apakah 10 Perkara Yang Patut Anda buat Bila Usia Jejak Ke 30 Tahun
Simpan duit

Walau pun sikit. Memang kedengaran seperti nasihat biasa tapi pada usia ini karier selalunya sudah stabil, jadi jangan bazirkan wang gaji dengan perkara tak berfaedah. Anda dah matang.


2. Perbaiki hubungan keluarga
Walau pun ada sikap adik beradik yang anda tak suka tapi anda harus belajar menyayangi mereka. Ikatan keluarga paling penting. Di saat orang lain menentang anda, keluargalah yang selalunya memberi sokongan.

3. Jangan tangguh impian
Nak mendirikan rumah tangga, sambung belajar, tukar kerjaya sila buat sekarang. Usia dah 30 ok. Jangan berkata nantilah, nanti itu adalah sekarang. Begitu juga impian ke Makkah untuk menunaikan haji, lakukan ketika muda, waktu tubuh sihat dan bertenaga.

4. Berhenti makan benda mengarut
Anda boleh buat banyak duit pada usia 20, 30, 40 dan seterusnya. Tapi anda tak boleh beli kesihatan. Belajar kurangkan makanan segera dan jajan pada usia ini untuk manfaat kesihatan pada usia tua.


5. Bersukan
Mulakan gaya hidup sihat. Jadikan bersukan sebagai salah satu hobi seperti berbasikal, zumba atau sekadar joging. Tolong jangan tambah berat badan ketika ini kerana percayalah anda sukar untuk kembali kurus.

6. Jangan merokok
Ia mahal, bau busuk dan memang penyebab kepada masalah kesihatan. Tolong buang tabiat ini. Makin lama anda dengan tabiat ini makin berisiko kesihatan anda.

7. Pakai krim pelindung matahari
Sinaran matahari secara terus pada kulit antara punca kedutan Sila pakai krim pelindung matahari jika anda tidak mahu kelihatan lebih tua dari usia.

8. Melancong
Keluarlah melihat dunia sejauh mana yang anda boleh dan mampu. Ibarat kata jauh perjalanan luar pemandangan, melancong mampu mengubah cara pemikiran malah sikap diri.

9. Hargai teman
Seharusnya ketika ini anda sudah punya teman ketawa dan menangis bersama. Hargai mereka dan teruskan silaturahim. Sentiasa berhubungan walau tidak bersua dengan mereka kerana inilah teman anda ketika tua nanti.

10. Beli rumah
Sebaik keadaan kewangan stabil pada usia 30-an beli kediaman sendiri agar anda ada tempat yang selesa untuk pulang selepas seharian bekerja. Jika membeli rumah pada usia ini, besar kemungkinan menjelang umur anda 50-an hutang pun sudah hampir selesai.
Perkara terakhir ini sengaja tidak dimasukkan dalam senarai kerana tak perlu tunggu usia 30 tahun untuk melakukannya. Dalami agama, kembali ke pangkal jalan Pencipta kita kerana ajal dan maut mungkin datang sebelum usia 50 tahun.



Thursday, 28 April 2016

Unknown

Rahsia Ubat Nabi Muhammad SAW menyembuhkan Bahagian Tubuh



Saat sedang sakit tubuh jadi lemah dan semua pekerjaan menjadi terbengkalai. Semakin keras penyakit semakin menderita kita. Dan saat terbaring lemah di tempat tidur seperti itu, kita selalu berharap segera sehat kembali dan melanjutkan aktifitas-aktifitas yang tertunda.


Tapi sayangnya sakit tak bisa sembuh begitu saja, bahkan meski teknologi kedokteran sudah sangat canggih dan berkembang seperti saat ini, ada saja penyakit yang sulit disembuhkan.

Pada saat-saat seperti itulah manusia perlu semakin mendekatkan diri kepada Allah, sang maha pencipta, memohon dan berdoa agar penyakit bisa disembuhkan. Tentu saja dengan tetap berusaha menjalani pengobatan atau terapi dari dokter yang menangani.

Hal yang seperti ini juga dialami oleh Rasulullah ketika beliau sedang sakit. Selain berusaha dengan berobat beliau juga memanjatkan doa-doa khusus kepada Allah yang maha pemberi kesembuhan.





Nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada kita melalui para sahabatnya, doa apa yang harus dibaca ketika tubuh mengalami kesakitan. Misalnya saja saat bagian dada (paru-paru dan jantung), kepala (sakit kepala atau migrain), sakit perut

(lambung/maag), dan sejenisnya, maka Rasulullah menganjurkan untuk membaca doa berikut ini:

“Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit dan bacalah Bismillah tiga kali, lalu bacalah “A’uudzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadziru” (Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan)” (HR. Muslim)

Doa yang sama juga diajarkan Rasulullah kepada para sahabatnya, sebagaimana dijelaskan dalam Syarah Hisnul Muslim. Dikisahkan bahwa pada suatu hari seorang sahabat bernama Utsman bin Al Ash r.a datang kepada Rasulullah karena merasa sakit pada salah satu bagian tubuhnya.

Kemudian Rasulullah mengajarkan doa dan cara tersebut. Nabi memerintahkan Utsman bin Al Ash meletakkan tangan pada tempat yang sakit, kemudian membaca Bismillah sebanyak tiga kali dan membaca doa di atas sebanyak tujuh kali. Atas kehendak Allah, Utsman bin Al Ash sembuh dari penyakitnya.

Selain berupaya menyembuhkan penyakit dengan bantuan dokter. kita juga perlu membarenginya dengan doa kepada Allah. Karena semua obat dan dokter hanyalah perantara, sementara Allah lah yang memiliki ketetapan.

(Sumber: gudanginfo.net)
Sumber:http://www.beritaterbarumasakini9.blogspot.co.id/

Monday, 25 April 2016

Unknown

20 WAKTU YANG DILARANG RASULULLAH BERHUBUNGAN BADAN DENGAN ISTERI (( Bantu Share Ya..!!! ))

Inilah 20 Waktu Yang Dilarang Rasulullah Berhubungan Badan Dengan Isteri

Berhubungan suami istri mesti dikerjakan penuh adab serta ada beberapa saat yang dibolehkan serta ada saat – saat yang dilarang untuk lakukan hubungan suami istri. Hal semacam ini karena sebab dalam Islam hubungan suami istri yaitu beribadah serta bernilai pahala.

Berikut 20 Waktu Yang Dilarang Rasulullah Berhubungan Badan Dengan Isteri

Mengenai waktu waktu yang dilarang untuk berjima’ yakni :

1. “Wahai Ali..! jangan sampai engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bln., pada pertengahannya (satu hari) serta pada akhir (dua hari) di hujung bln.. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi serta sopak mudah mengenainya serta anaknya. ”

2. “Wahai Ali..! jangan sampai berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sebenarnya bila Allah s. w. t. mengurniakan pada anda berdua anak kerana jima’ pada saat itu, jadi ia bakal bermata juling serta syaitan begitu sukai pada manusia yang bermata juling. ”

3. “Wahai Ali..! jangan sampai bercakap-cakap semasa jima’, sebenarnya bila Allah s. w. t. mengurniakan pada anda berdua anak dengan jima’ yang sekian, jadi anak itu tak selamat dari pada bisu. ”

4. “Wahai Ali..! jangan sampai berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, jadi sebenarnya yang demikian itu bila Allah s. w. t. mengurniakan padamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina. ”

5. “Wahai Ali..! bila anda berjunub ditempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, jadi sebenarnya saya bimbang akan turun pada anda berdua api (bala) dari langit yang membakar anda berdua. ”

6. “Wahai Ali..! jangan sampai berjima’ dengan isterimu terkecuali ada kepadamu satu tuala serta pada isterimu satu tuala. ”

7. “Wahai Ali..! jangan sampai kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, kelak akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seseorang akan kuat syahwatnya dari pada yang lagi satu), jadi sebenarnya yang demikian itu bakal menyebabkan permusuhan lalu membawa anda berdua pada berpecah serta talak. ”

8. “Wahai Ali..! jangan sampai berjima’ dengan isterimu saat malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), jadi sebenarnya bila Allah s. w. t. mengurniakan pada anda berdua anak anak itu seseorang yang cacat serta tak memperoleh anak baginya kecuali sudah tua. ”

9. “Wahai Ali..! jangan sampai anda berjima’ dengan isterimu saat malam ‘Aidil Adha, jadi sebenarnya bila anda berdua berjima’ saat malam itu, jika Allah s. w. t. mengurniakan pada anda berdua anak saya bimbang ia bakal jadi seseorang yang berjari enam atau empat. ”

10. “Wahai Ali..! jangan sampai anda berjima’ dengan isterimu dibawah sinar matahari (secara langsung – direct) serta terkena warna (cahayanya), terkecuali anda kenakan tutupan (bumbung), bila tak jadi sebenarnya bila Allah mengurniakan pada anda berdua
anak, kelak anak itu bakal jadi seseorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati. ”
11. “Wahai Ali..! jangan sampai anda berjima’ dengan isterimu dibawah pohon kayu yang berbuah, jadi sebenarnya bila Allah s. w. t. mengurniakan anda berdua anak, kelak anak itu bakal jadi seseorang tukang gojo, tukang sebat atau seseorang ketua yang bengis, ”

12. “Wahai Ali..! jangan sampai anda berjima’ dengan isterimu pada saat pada azan serta iqomah, bila berjima’ pada saat sekian, sebenarnya bila Allah mengurniakan anak pada anda berdua, kelak ia jadi seseorang yang menumpahkan darah. ”

13. “Wahai Ali..! jangan sampai anda berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali anda berdua berwudhu’, bila tak jadi sesungguhnya bila Allah s. w. t. mengurniakan anda berdua anak, kelak ia bakal jadi seseorang yang buta hati serta bakhil tangan. ”

14. “Wahai Ali..! jangan sampai anda berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, jadi sebenarnya yang sekian itu bila Allah s. w. t. mengurniakan anda berdua anak, kelak anak itu bakal mempunyai tanda yang buruk pada muka serta rambutnya. ”

15. “Wahai Ali..! jangan sampai anda berjima’ dengan isterimu pada akhir bln. (yaitu tinggal dua hari) jadi sebenarnya yang sekian itu bila Allah s. w. t. mengurniakan pada anda berdua anak kelak anak itu jadi seseorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “

16. “Wahai Ali..! jangan sampai anda berjima’ dengan isterimu dengan syahwat pada saudara perempuannya! (ipar anda) kerana yang sekian itu sebenarnya bila Allah s. w. t. mengurniakan pada anda berdua anak, kelak anak itu bakal jadi penolong serta pembantu pada orang yang zalim serta pada tangannya bikin kebinasaan pada manusia. ”

17. “Wahai Ali..! jangan sampai anda berjima’ dengan isterimu diatas loteng jadi sebenarnya yang sekian itu bila Allah s. w. t. mengurniakan anak pada anda berdua kelak anak itu jadi seseorang munafiq, pelampau yang melalui batas. ”

18. “Wahai Ali..! jangan sampai anda berjima’ dengan isterimu saat malam anda akan keluar musafir kerana yang sekian itu sebenarnya bila Allah s. w. t. mengurniakan pada anda berdua anak, ia bakal membelanjakan harta pada yg tidak Haq, ” serta Rasulullah s. a. w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin. ”

19. “Wahai Ali..! jangan sampai anda berjima’ dengan isterimu apabila anda keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, jadi yang sekian itu sebenarnya apabila Allah s. w. t. mengurniakan pada anda berdua anak, kelak ia jadi seseorang pembantu pada tiap-tiap orang yang zalim. ”

20. “Wahai Ali..! jangan sampai anda berjima’ dengan isterimu pada awal malam, jadi sebenarnya bila dikurniakan anak pada anda berdua, ia jadi seseorang tukang sihir, sunglap, serta menghendaki dunia dari pada akhirat. ”

Sumber :
“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A. S. ”.. 1* (1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.

Wednesday, 16 March 2016

Unknown

Makanan terbuang di Makkah cukup untuk jutaan kanak-kanak

MAKKAH, Sabtu – Jumlah makanan yang dibuang begitu saja di sini mampu memberi makanan kepada 17 peratus kanak-kanak di 18 buah negara membangun, lapor media.
Ketua Pengarah Projek Amal Makanan Makkah, Ahmad Al-Matrafi dipetik sebagai berkata, dianggarkan terdapat 4.8 juta kanak-kanak yang kelaparan di negara-negara Afrika, Asia dan Amerika Latin.
Beliau berkata, makanan terbuang pada majlis perkahwinan di sini secara purata mencukupi untuk memberi makan kepada sekurang-kurangnya 250 kanak-kanak.
Katanya, pada pertengahan cuti tahunan, kira-kira 24,000 orang diberi makan daripada lebihan makanan yang dikumpul selepas perkahwinan dan majlis sosial lain.
“Ini menunjukkan kepada kita bahawa ada makanan terbuang pada setiap majlis, tetapi maklumat lengkap tidak diperoleh.
“Tiga puluh peratus penduduk Makkah tidak memaklumkan kepada sesiapa mengenai adanya lebihan makanan ketika selesai sesuatu majlis,” katanya, hari ini.
Al-Matrafi berkata, 60 daripada 160 dewan dan resort di Makkah telah didatangi ketika musim cuti.
“Projek amal ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai situasi bahawa ramai yang memerlukan bantuan,” katanya. – Agensi

Tuesday, 8 March 2016

Unknown

Kisah Benar, Anak Menangis Siang Malam Minta Susu, Rupanya Ada 'Sesuatu' Yang TUMPANG

post-feature-image


Dunia ini adalah ciptaanNya yang Maha Esa dan dalam Islam diakui bahawa wujud makhluk-makhluk lai...

Dunia ini adalah ciptaanNya yang Maha Esa dan dalam Islam diakui bahawa wujud makhluk-makhluk lain selain manusia dan wajib beriman dengan kewujudannya.

Salah satunya Makhluk halus, makhluk ghaib atau dalam bahasa Melayunya Hantu, mereka ini tergolong dalam kumpulan jin dan syaitan yang dijelaskan tentang kewujudannya di dalam kitab suci Al Quran.

Jadi pelbagai kisah kita dengar di dalam perubatan Islam melibatkan gangguan makhluk halus ini sehinggakan ada kes pesakit sakit tapi bila dibawa ke hospital perubatan moden tidak dapat mengesan sakit yang dihidapi.

Berkongsi sebuah cerita di laman sosial kisah seorang ibu yang dikongsikan semula olehSheiLa NaziLah, menceritakan pengalaman ibu berkenaan apabila tubuh anak kecilnya berumur 2 bulan ditumpang 'sesuatu' menyebabkan anak kecilnya itu tidak dapat tidur dan terlalu kuat menyusu.

Jom kita baca.

Assalamualaiakum "mommy dan bakal "Mommy", saya ingin kongsikan sebuah kisah saya sebagai iktibar kepasa ibu-ibu semua.

Sebagai umat Islam kita sememangnya percaya kepada Allah S.W.T penyembuh segala penyakit.

Sejak hari Selasa lepas, baby saya kuat menyusu, bayi saya baru berumur 2 bulan hendak masuk 3 bulan dan menyusu badan sepenuhnya.

Sejak dia terlalu kuat menyusu ini, dia tidak pernah tidur lena, asyik hendak menyusu sahaja, tidur tidak sampai 10 minit dia akan mula menangis hendak susu, sampaikan puting saya luka dan saya demam kuat satu badan sakit-sakit.

Empat hari saya terlantar sehingga terpkasa berikan susu formula kerana dia sentiasa lapar. Semalam bapa mentua saya suruh saya bawa bayi jumpa adik sepupu dia yang pandai berubat menggunakan perubatan Islam.

Saya pun pergi, dan adik sepupu bapa mentua yang saya panggil pak cik terus bogelkan anak saya itu dan baca beberapa surah, bila dia pusingkan belakang anak saya saya, air mata dia terus menitik.

Dia terus marah tanya saya bawa anak saya ke mana, katanya ada 'sesuatu' yang menumpang di belakang anak saya.

'Sesuatu' itu tidak diberi makan oleh 'ibu bapa' nya dan yang menyusu selama ini adalah 'sesuatu' itu, pak cik saya hanya pegang belakang anak saya tapi habis satu badannya merah-merah.

Selepas selesai baca beberapa surah, pak cik suruh saya susukan anak saya kerana katanya anak saya dah terlalu lapar, lepas sahaja saya menyusu sepuas-puasnya, Alhamdulillah, bayi saya tidur lena atau lapar macam selalu.

Jadi saya ingin berkongsikan pesanan pak cik saya kepada kaum ibu diluar sana, sebelum masuk rumah, ludah luar 3 kali, cakap "Cukup samapi sini kamu ikut aku" kemudian bacaSubhanaAllahwalhamdulillahwalaillahhaillawahAllahuakbar.. InshaAllah, semoga semuanya baik-baik belaka, saya cuma kongsikan kisah saya, Allahualam, apapun hanya Allah S.W.T yang Maha Berkuasa.

Tuesday, 23 February 2016

Unknown

Tanpa Sedar Setiap Malam Si Isteri Akan Disetubuhi Oleh Jin Laknatullah



 
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya". (Surah Al-Hijr, Ayat 39)

Mengerikan , Allahuakbar . Tidak dinafikan perkara ini pernah berlaku kepada wanita-wanita diluar sana .  Jadi jangan pelik kalau setiap malam ada perasan isteri bersikap pelik ketika tidur .
Nah , bagaimana jn boleh merogol atau menyetubuhi badan manusia tanpa sedar ?

Jika isteri sering marah-marah dan enggan melayani anda di tempat tidur, elok segera siasat. Periksa pangkal peha isteri dan jika terdapat kesan lebam, jangan buang masa, buat pemeriksaan lebih rapi.

Jika anda dapati pada tempat lebam di pangala peha isteri anda itu terdapat lima lubang halus, jangan berlengah. Itu tandanya isteri anda telah diperkosa jin atau makhluk halus tanpa disedarinya.

Menurut pendakwah dan pengamal perubatan Islam, ramai isteri tidak menyedari tubuh mereka telah diperkosa jin dan makhluk halus ketika tidur disebabkan mengabaikan doa pendinding diri sebelum tidur.


Antara kesan pada wanita apabila dicintai jin adalah;
Wanita akan berasa malas untuk beribadah kepada Allah.
Bagi yang telah berkahwin pula, si isteri mudah menjadi marah kepada suami.
Nafsu seks terhadap suami berkurangan dan enggan melayani suami di tempat tidur.
Jin akan bunuh janin jika si isteri mengandung hasil hubungan dengan suaminya.
Jin akan berusaha sehingga pasangan suami isteri bercerai!
Bagi gadis yang belum berkahwin pula, mereka akan hilang minat untuk berkahwin.


Tanda Wanita Dirogol Jin.

Sering ditindih ketika tidur
Sering ternampak kelibat dan
Sering merasai ada seseorang sewaktu tidur.
Badan berasa letih
Ada kesan lebam pada peha (dan ada mengatakan bahawa terdapat 5 lubang halus pada lebam tersebut)

Jika anda telah dirogol oleh jin, jin tersebut akan merogol anda lagi dihari yang lain. Oleh itu segeralah merawat diri anda jika anda pernah mengalami tanda-tanda yang telah saya nyatakan.

Rawatan Bagi Wanita Yang Dirogol Jin.

Spray bilik tidur 3 hari berturut dengan air yang sudah dibacakan kursi 7x.
Mandi air ruqyah yang sudah dibacakan kursi 7x selama 1 hari sahaja.
Baca kursi dan 3 qul sebelum tidur malam,jika uzur memadai baca didalam hati sahaja.
Elakkan meletak gambar hidup/teddy bear dalam bilik tidur.
Bilik tidur mestilah bersih dan wangi.
Pakaian wangian kasturi sebelum tidur malam

Amalan Untuk Elak Diganggu atau Dirogol Jin Ketika Tidur.

a. Berwuduk sebelum tidur
b. Baca Al-Fatihah dan Kursi sebelum tidur.
c. Baca 3 Qul (Qul huwallah, Qul Auzubirabbil Falaq dan Qul Auzubirabbinnas) hembus ditapak tangan dan sapukan ke tubuh sebelum tidur.
d. Jika anda datang bulan, pasanglah mp3 ayat quran seperti surah al-Baqarah atau ayat ruqyah sebelum dan semasa tidur
e. Jika anda ditindih ketika tidur, Azan lah didalam hati.
 
sumber : http://matadajal.blogspot.my/

Thursday, 10 September 2015

Unknown

KISAH BENAR! IBU TAK PAYAH TAHLILKAN SAYA,SAYA DAH LAMA KELUAR ISLAM

Jamilah (bukan nama sebenar) adalah seorang isteri yang malang. Beliau telah ditinggalkan suami sebaik sahaja melahirkan anak sulung mereka. Jamilah terpaksa akur dengan nasib yang menimpanya itu.

Mujurlah beliau masih mempunyai ibu bapa yang mengambil berat akan dirinya. Itulah yang dikata kasih sejati seorang ibu. Tiada tolok bandingannya walhal semenjak kita dalam kandungan lagi kasih sayang sudah dicurahkan sepenuh jiwa dan raga. Setelah Jamilah bergelar janda, Jamilah kembali ke rumah ibunya.
Walaupun Jamilah tidak mendapat kasih sayang seorang suami namun beliau bertuah kerana masih mendapat kasih sayang dari ibu sejati. Jamilah dan anak kecilnya dijaga dan diberikan kasih sayang dengan sempurna. Soal makan dan minum Jamilah dan anaknya tidak menjadi masalah kerana Jamilah masih mempunyai bapa yang masih kuat mengerjakan ladang dan sawah.

Bapa Jamilah keluar bekerja awal pagi dan pulang lewat petang. Manakala ibunya tidak banyak aktiviti di rumah hanya memberi makan haiwan ternakan sahaja. Adik-beradiknya semua sudah berkahwin dan membawa haluan masing-masing. Jamilah merupakan anak bongsu dalam keluarga, mengenangkan nasib malang Jamilah, sudah tentu perasaan sayu dan kasihan dari ibunya membuak-buak bila melihat anak dan cucu kecilnya tidak terbela. Usia Jamilah masih remaja walaupun bergelar janda.

Zaman remajanya masih lagi belum puas dikecapi tambahan pula fikirannya masih belum matang dalam erti hidup. Jamilah terasa dirinya begitu bebas dan terlepas dari belenggu ketika hidup bersuami dahulu. Jamilah tidak merasa sebarang kekurangan pada dirinya malah bertambah yakin kerana beliau masih muda dan masih kelihatan cantik. Segala urusan anak kecilnya diserahkan kepada ibu dengan alasan tidak biasa dengan karenah anak kecil. Sebenarnya Jamilah malas untuk menguruskan anak kecil yang merimaskan. Pada mulanya, ibu Jamilah tidak perasan, maklum sahaja cucu sendiri, tentu tidak terasa bebannya.
Hari berganti hari hidup Jamilah bertambah selesa. Beliau hidup di bawah jagaan yang sempurna. Semua soal makan minum, mengasuh anak kecil dan kerja rumah tangga semuanya diambil alih oleh ibu dan bapanya. Jamilah hanya menolong ala kadar sahaja agar tabiat malasnya tidak nampak ketara.

Perangai Jamilah semakin menjadi-jadi. Melaram dengan pakaian-pakaian fesyen terkini serta bersolek agar sentiasa cantik. Suatu hari, Jamilah telah menyampaikan hasratnya ingin ke pekan untuk mendandan rambut dengan fesyen terkini. Namun ibunya melarang kerana menurut orang ramai, kandungan bahan mendandan rambut ketika itu diperbuat dari bahan haram yakni lemak KHINZIR. “Ala, bukan nak makan KHINZIR tu, hanya sapu atas kepala agar rambut lebih hitam dan berkilat….” Jamilah memberi alasan agar permintaannya ditunaikan.

Namun begitu ibunya tetap melarang. Maka berlakulah satu pertengkaran antara Jamilah dan ibunya sehingga beliau tergamak mengeluarkan perkataan kesat sambil menyumpah-nyumpah ibunya. “Binatang KHINZIR! Binatang anjing!” kata Jamilah semakin berani setelah melihat ibunya mendiamkan diri sambil menitiskan airmata. Jamilah masih berdegil, nafsunya untuk kelihatan cantik dan bergaya semakin meluap-luap hingga tidak kira lagi soal halal dan haram. Matlamatnya supaya ramai lelaki melihat dirinya cantik macam primadona.

Sekaligus saham dirinya akan naik mengatasi anak-anak dara sunti di kampung itu. Petang itu, bila Jamilah baru pulang dari pekan mendandan rambut, tiba-tiba beliau terdengar suara anak kecilnya menangis kuat teresak-esak. Hati Jamilah naik radang kerana beliau sangka ibunya sengaja membiarkan anaknya begitu kerana ingin membalas dendam.

Dengan bengis, Jamilah terus naik ke rumah dan jadi seperti orang yang dirasuk syaitan, terus meluru ke bilik anaknya yang menangis itu. Anaknya diambil dan diletakkan di satu sudut di dapur dan terus menuju ke bilik ibunya untuk bertindak sesuatu. Mulutnya tidak henti-henti mengomel sambil menyumpah-nyumpah. Sebaik sahaja beliau masuk, kelihatan ibunya sedang mengerjakan solat.

Kerana terlalu marah, dikala ibunya sedang sujud, beliau bertindak menendang ibunya sambil berkata “Oi KHINZIR, anjing, beruk! Tak boleh harap….menyusahkan orang, celaka!” Ibunya yang jatuh tersungkur di hadapan sejadah bangun mengaduh dan terpinga-pinga. Beliau tidak tahu apa sebabnya Jamila tiba-tiba naik angin. Setelah beberapa lama berlinanganlah airmata ibunya apabila menyedari perkara sebenar.

Sebenarnya bukan niat ibunya membiarkan cucunya itu menangis keseorangan, ketika itu beliau sedang bersembahyang, maka terpaksalah membiarkan budak itu sebentar. Sudah seberapa daya beliau menyegerakan solatnya setelah sedar cucunya menangis kuat, namun belum sempat selesai solat, Jamilah terlebih dahulu datang menyepak punggungnya.

Hati ibu mana yang tak hancur remuk mengenangkan anaknya yang sampai hati dan tergamak melakukan sebegitu terhadapnya berbanding kasih sayang yang telah dicurahkan secukupnya demi anak tercinta. Ibu mana yang tidak sayangkan anak….dalam keadaannya yang sakit seluruh sendi akibat tersungkur atas tikar sembahyang tadi, beliau telah berdoa pada Allah agar dapat diampun dosa anaknya itu. Dengan takdir Allah, tiba-tiba Jamilah berteriak dari arah dapur. Macam sesuatu yang telah berlaku pada Jamilah mahupun cucunya.

Dengan lemah longlai, tergesa-gesa beliau pergi mendapatkan Jamilah. Jeritannya sungguh kuat hingga jiran berdekatan dapat mendengarnya. Tambah terkejut apabila kami semua menyaksikan seutas rantai besi tiba-tiba sahaja keluar memecah lantai dapur dan melilit dan merantai kaki Jamilah dengan kuat. Jamilah menjerit kesakitan dan anak yang dikendong terlepas dalam dakapannya.
Ibu Jamilah separuh pengsan melihat keadaan Jamilah sebegitu. Jelas Nek Mariam yang merupakan salah seorang yang menyaksikan keajaiban Allah Yang Maha Esa itu. Maka berduyun-duyunlah orang kampung datang untuk membantu melepaskan cengkaman rantai besi yang melilit kemas di kedua-dua kaki Jamilah. Bertungkus-lumus orang cuba memotong besi itu namun tidak berjaya.

Jamilah meraung sekuat-kuat hati kerana terlalu sakit. Akibatnya darah tidak berhenti mengalir membasahi lantai dapur. Setelah beberapa jam berlalu, rantai besi yang mempunyai kekuatan luar biasa itu masih juga tidak boleh dileraikan dari kaki Jamilah. Akibat pendarahan yang banyak, Jamilah meninggal di situ juga dengan riak muka yang amat menakutkan. Ibu Jamilah terpaku tidak mampu melakukan apa-apa.

Beliau sedar itulah balasan Allah terhadap anaknya, cuma beliau tidak menyangkakan secepat itu. “Anehnya, sebaik sahaja Jamilah meninggal, rantai itu terurai dengan sendiri lalu masuk kembali ke dalam tanah. Kami semua begitu terpegun dan berasa insaf dengan apa terjadi. Itulah balasan Allah terhadap seorang anak yang derhaka,” sambung Nek Mariam sambil menitiskan airmata.

Jenazah Jamilah diuruskan seperti biasa dan dikebumikan. Upacara membaca ayat suci Al Quran di atas kubur selama 7 hari memang sering dilakukan oleh masyarakat di Pantai Timur dan menjadi satu upacara kebiasaan kepada sesiapa yang baru dikebumikan. Semasa orang-orang kampung bergilir-gilir membaca Al Quran, maka satu lagi petunjuk dari Allah terjadi. Pada waktu hampir subuh, mereka terdengar satu suara yang meraung-raung dari arah liang lahat. “Mak ooiii…..!! Ayah ooiii!! Tolonglah…! Allah Tuhanku….minta tolong…! Mak ….ayah…tolonglah!” suara mendayu-dayu itu sungguh menyeramkan dan tidak henti-henti,” cerita Nek Mariam lagi.
Salah seorang dari mereka bertindak memberitahu pada ibu Jamilah akan suara itu yang mereka syak datang dari arah liang lahat. 

Dengan bantuan jiran-jiran berdekatan, mereka segera ke kubur Jamilah untuk menggali kubur itu kerana mereka sangkakan Jamilah masih hidup. Setelah digali, alangkah terkejutnya bila melihat jasad Jamilah yang kaku dan berbalut itu telah bertukar rupa.

Kepalanya menjadi kepala seekor KHINZIR! MasyaAllah…. Ramai orang menyaksikannya….satu lagi keajaiban yang sengaja Allah ingin memperlihatkan pada hamba-hambanya. Bertambah sedih dan sayu hati ibu Jamilah melihat keadaan anaknya begitu….Malam itu beliau bermimpi, Jamilah datang kepadanya dengan keadaan yang amat buruk dan daif sambil berkata: “Tak payahlah ibu mengadakan kenduri arwah untuk saya, kerana saya telah terkeluar daripada Islam….” menyedari hakikat itu ibunya begitu terkejut dan tak henti-henti menangis sambil berdoa kepada Allah agar mengampuni dosa anaknya itu. “Maka tiadalah kenduri arwah dibuat untuk Jamilah. Itulah cerita tentang balasan Tuhan terhadap hambanya yang berdosa.

Dosa pada Tuhan mungkin dapat diampunkan jika kita bertaubat nasuha, tetapi dosa pada manusia, lebih-lebih lagi kepada kedua ibu-bapa, harus kita sendiri memohon ampun dan maaf….Jika tidak tanggunglah dosa itu dan akan dikira dan dibalas setimpal di akhirat kelak…” Nek Mariam mengakhiri ceritanya yang penuh keinsafan sesuai untuk kita semua….wallahualam.grenbara.bravejournal.sumber

Wednesday, 2 September 2015

Unknown

MENGEJUTKAN,PADERI PELUK ISLAM LEPAS SEDAR DARI KOMA SELAMA 17 BULAN!

Seorang paderi Katolik yang koma selama 17 bulan, mengambil keputusan memeluk agama Islam selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa dia bercakap dengan Allah dan ditunjukkan keindahan syurga.

Laman web World News Daily Report melaporkan, Eduardo Vincenzo Maria Gomez (gambar), 87, yang berasal dari Sepanyol dan sudah menetap serta mengajar agama Kristian di Pulau Jawa selama 43 tahun, merupakan seorang ahli agama yang sangat dihormati di kawasan berkenaan.


 Gomez yang mengalami masalah jantung, koma selepas dia terjatuh dari tingkat dua gereja ketika penduduk tempatan membantunya membaiki rumah ibadatnya itu.

Bagaimanapun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan tiada satu pun daripada tulangnya patah."Saya tidak tahu apa-apa tentang Islam, saya juga tidak pernah membaca al-Quran. Apa yang saya ingat, saya bertemu Allah. Sebelum itu, satu cahaya terang bersinar memancar ke badan saya sebelum saya dapat melihat pintu syurga yang berwarna keemas-emasan," kata Gomez kepada Kalimantan Press.

Berita tentang keputusan Gomez untuk bertukar agama, mengejutkan ramai pengikutnya, namun apa yang menarik lebih separuh daripada mereka sudah menunjukkan minat untuk mendekati Islam.

"Jika Allah merupakan tuhan yang benar, saya tidak mahu berada dalam jalan yang sesat di hari akhirat nanti. Saya percayakan Gomez, kami semua percayakan dia," kata seorang pengikutnya.

Gomez yang masih mendapatkan rawatan perubatan sudah mengarahkan pembinaan sebuah masjid baharu dan pengikutnya kini sedang berusaha untuk mencari dana bagi merealisasikan cita-cita tersebut.sumber

Monday, 31 August 2015

Unknown

Kenapa Mengandungkan Anak Luar Nikah Jauh Lebih Senang Untuk Bersalin [Pandangan Sudut Agama]??? Ini Jawapannya !!!




Semoga semuanya sihat selalu. Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa orang perempuan yang mengandug anak luar nikah ni senang je beranak? Mengandung pun orang tak perasaan. Tak ada jalan terkedek-kedek bila dah tengah sarat. Tau-tau je dah bersalin.



Kat atas tu ada jawapannya.

Apa pun tu semua kuasa Allah dan rezeki masing-masing. Ada juga yang dapat rezeki mudah bersalin... 

Wallahua'lam





sumber asal

Tuesday, 23 June 2015

Unknown

PEMBONGKARAN! - BENARKAH ROH AKAN PULANG KE RUMAH DI BULAN RAMADHAN?





Ulama tersohor Syeikh Dr. Yusuf al-Qardawi pernah menyebut, roh tidak akan mencampuri urusan dunia yang sudah tidak lagi berguna kepadanya.

Dalam erti kata lain, roh berada di suatu alam lain dinamakan alam barzakh yang kehidupannya jauh beza dengan kehidupan di dunia.

“Alam ini adalah jangka waktu antara kematian dengan hari kiamat. Roh orang yang beriman akan menerima balasan yang baik di alam barzakh manakala roh daripada golongan yang gemar membuat maksiat akan diazab.

“Dalam satu hadis sahih sudah dinyatakan, hanya ada tiga perkara yang menghubungkan dunia dengan roh iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa-doa daripada anak-anak yang soleh.

“Tidak ada gunanya pun jika roh itu boleh kembali ke dunia sekiranya kepulangan mereka itu tidak memberi manfaat untuk roh mereka sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, menurut penceramah bebas, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman, roh tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia sama ada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya.

“Dakwaan roh pulang ke rumah sempena hari-hari tertentu tidak benar. Jika ada yang pernah melihat makhluk menyerupai si mati dan kedengaran suara menangis, menurut ulama ia bukanlah roh si mati sebaliknya angkara jelmaan jin dan syaitan yang menyerupai si mati. Tidak lebih daripada itu,” jelasnya. Tetapi jin dan syaitan sudah di rantai Inilah 6 Sebab Kenapa Jin & Syaitan Benci Bulan Ramadhan

Hujahnya itu dirujuk kepada firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 99 dan 100 yang bermaksud:

“Hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka (orang kafir) dia berkata: “Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong). Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan.”

Zaharuddin berkata, ayat ini jelas memberitahu bahawa barzakh adalah tembok yang menghalang roh orang yang telah mati daripada kembali ke dunia.

“Begitupun, ada juga ulama yang berpendapat, roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur melalui mimpi,” katanya.

Sementara itu, menurut seorang tokoh agama, Datuk Dr. Haron Din, roh tidak boleh kembali ke dunia dan manusia juga tidak boleh masuk ke alam barzakh tanpa sebab.

“Kalau kita beranggapan roh orang yang telah mati boleh kembali ke dunia dan boleh ke sana ke mari, seolah-olahnya di alam barzakh itu tiada seksaan kubur, tiada balasan dan roh-roh ini hidup bebas keluar masuk ke alam dunia. Anggapan tersebut salah sama sekali.

“Disebabkan itu, kita harus yakin dan percaya bahawa roh si mati tidak boleh pulang ke dunia untuk menziarahi keluarga, rumah, kubur dan sebagainya,” jelasnya.

Tambahnya, hanya pada hari kiamat nanti, jasad akan dijadikan semula dan roh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah.

“Alam barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat. Roh yang memasukinya akan kekal di dalamnya.

“Ibarat bayi yang hidup di alam rahim, apabila lahir ke dunia, bolehkah bayi tersebut kembali ke alam rahim? Sudah tentu tidak,” ujarnya.

Sumber : MyNewshub


*************************************

Setiap bulan ramadhan msg inilah yang sering  tersebar di dalam whatsapp dan facebook namun begitu tidak disertakan dengan dalil2 yang sahih bagi mengukuhkan keterangan. Jadi janganlah kita sama-sama menyebarkan perkara yang tidak betul


ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.

Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.

Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.

Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.

Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.

Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.

Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.

Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.

Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.

Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh.

Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganja
ran pahala kebaikan..

~~JAMBATAN YANG PALING AKU TAKUT~~
-- JAMBATAN PALING PANJANG DAN LAMA UNTUK DILALUI OLEH SEMUA ORANG.

Jambatan titian sirat yg lebarnya hanya sehelai rambut yg dibelah tujuh dan tajamnya lebih daripada mata pedang . Dibawahnya terbentang NERAKA dan disebelahnya terbentang SYURGA yg luas . Diceritakan bahawa , untuk merentasi titian mengambil masa 15000 tahun . 5 ribu tahun menaik , 5 ribu tahun mendatar , dan 5 ribu tahun menurun .
# Share la dpt pahala mengingatkan sesama agama ,, tdak kira agama ape .

^^ 7 petala langit , 7 petala bumi , 7 lautan , 7 hari , 7 syurga , 7 neraka , 7 baris surah dalam al-fatihah , 7 bukan nombor sebarangan . :')

Seandainya jenazah itu mampu bangun dan menceritakan sakaratulmaut dan azab kubur, sudah pasti kita akan 24 jam di atas sejadah .

Bila kita dah nampak ayat ni , setan hasut " tak payah copy paste la .. buang masa je " .

Masya Allah... ORG YG SYG ALLAH JE YG COPY NIE :Tak smpai 1minit pun . "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

sumber:scriptersnews.

Sunday, 17 May 2015

Unknown

Antara Sebab Mengapa Lelaki Dilarang Memakai Emas !!!



Dalam Islam, kaum lelaki diharamkan memakai apa sahaja barangan yang berunsurkan emas termasuk gigi emas....


Larangan ini jelas dalam sebuah hadis sahih dari Abu Musa r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya”. (Hadis riwayat At-Tirmidzi. A-Nasai dan Ahmad)
Daripada hadis ini, emas dalam bentuk apa pun, sama ada emas putih, emas suasa atau apa sahaja logam pelbagai warna yang mengandungi unsur emas hukumnya adalah haram.....

Sementara itu, benda yang dicat dengan warna emas tidak boleh dikatakan sebagai emas. Ulama sependapat bahawa hukumnya tidak haram kerana ia bukannya emas – hanya rupa dan warna saja kelihatan sama....

Yang haram adalah emas dan bukan kemiripannya.
Hikmah disebalik larangan itu, umat Islam sebenarnya diajar supaya senantiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dan Rasul. Disamping mengajar kita supaya hidup secara sederhana dan tidak bermegah-megah dalam berhias.....

Wanita memakai emas

Perhiasan emas hanya diberikan kelonggaran kepada wanita untuk memakainya sebagai alat mencantikkan diri dan menarik perhatian suami. Manakala lelaki pula tidak ada keperluan untuk menambah hiasan pada diri mereka kerana perhiasan sebegitu tidak sesuai dengan sifat dan kejantanan seorang lelaki....



Kebelakangan ini, perintah Allah yang diturunkan melalui Rasul sejak 1,400 tahun dahulu mula tersingkap hikmah dan kebenarannya terutama dari sudut perubatan...

Ahli sains menyimpulkan bahawa partikel emas mampu menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah manusia yang mampu memberi kesan buruk kepada ketahanan badan seterusnya menjejaskan kesihatan kepada pemakai...

Dari sudut sains menjelaskan bahawa kondisi dan tekstur kulit lelaki sangat berbeza dengan seorang wanita...

Melalui satu perkongsian sumber yang dimuatnaik di sebuah blog, perhiasan emas yang kita pakai juga bukanlah seratus peratus emas tulen. Emas tulen adalah 24 karat tetapi kebanyakan barang kemas adalah dalam bentuk 18 dan 22 karat. Ini bermakna, jika emas itu 18 karat atau 22 karat, 75 peratus kandungannya ialah emas tulen, manakala 25 peratus lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi dibentuk daripada perak, tembaga, zink atau paladium...

Tujuan utama menambahkan logam lain adalah untuk menguatkan produk tersebut dan emas campuran yang tahan lasak ini dipanggil aloi emas...

Kesan penggunaan emas terhadap kulit sebenarnya sudah dikaji oleh seorang pakar perunding dari International Gold Corporation di Johannesburg, Afrika Selatan bernama william S. Rapson.
Daripada penyelidikannya mendapati bahawa kulit manusia boleh menghasilkan asid amino dan natrium klorida...

Apabila kita berpeluh, kedua-dua bahan kimia tersebut akan bertindak balas dengan aloi emas yang dipakai. Kesan reaksi kimia dan geseran kulit, aloi emas dikesan boleh menyerap masuk ke dalam kulit manusia.
Partikel-partikel aloi emas yang kurang daripada 40 nanometer memang terbukti boleh memasuki liang-liang roma kulit. Kajian dermatologi turut menunjukkan penyerapan partikel emas boleh dipercepatkan oleh keadaan pH (ukuran keasidan) kulit yang tinggi alkalinya. Dan terbukti, pH kulit lelaki adalah beralkali lebih tinggi daripada perempuan...

Tambahan pula, lelaki lebih cenderung memiliki kulit dan bulu roma yang tebal serta kasar berbanding wanita. Sebab itulah kenapa sains mendapati lelaki mampu menyerap partikel emas lebih tinggi berbanding wanita...

Apa pula yang akan berlaku selepas penyerapan logam ke dalam kulit?
Apabila partikel emas sudah masuk ke dalam epidermis dan sistem peredaran darah, ia boleh menyebabkan clumping protein atau protein terkumpul...


Keadaan itu menjadikannya tidak berfungsi lalu memberikan impak kepada sistem kardiovaskular lelaki...

Malah, penemuan baru oleh pasukan penyelidik di University of California, San Francisco (UCSF), begitu mengejutkan apabila mendapati pengumpulan protein ini boleh mempercepatkan proses penuaan...
Pengarah Larry L. Hillblom Center, Biology of Aging di USCF, Profesor Cynthia Kenyon, berkata kecenderungan protein melekat bersama-sama akan mengakibatkan saluran darah tersumbat dan tidak berfungsi, seterusnya menjadi toksik...

Apa yang mengejutkan, rupanya kehadiran protein tidak larut ini banyak dikesan di dalam otak pesakit-pesakit yang menghidap penyakit neurodegenerative, termasuklah Alzheimer, Parkinson dan Amyotrophic sklerosis lateral (ALS)...

Bagaimana pula dengan wanita? Adakah pemakaian emas juga berbahaya kepada golongan ini?

Wanita tidak menderita masalah tersebut kerana mereka memiliki keistimewaan yang tidak ada pada lelaki iaitu hormon estrogen.
Dari segi kesihatan, hormon ini membantu hal-hal mobiliti dalam peredaran darah. Apabila kepekatan estrogen tinggi terutamanya semasa haid, saluran darah akan mengembang dan membesar untuk keselesaan perjalanan serta pengeluaran darah...

Walaupun lelaki juga memiliki hormon estrogen, tapi ia sangat sedikit malah fungsinya juga tidak diketahui. Malah, estrogen lelaki cuma berkeadaan statik dan saluran darah mereka tidak mengalami pengembangan seperti wanita...

Jadi, jika sekiranya ada partikel emas memasuki badan lelaki, partikel berbahaya itu akan menyumbat saluran darah dan sebab itulah kenapa lelaki cenderung mengalami masalah kesihatan seperti kardiovaskular.
Dan inilah sebabnya kenapa Islam melarang lelaki daripada memakai emas...

SUMBER : inibel0gberita