Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Monday, 10 March 2014

Unknown

[ update kes ] Nelayan Terlihat Pesawat Terbang Rendah menuju ke tengah laut.




Seorang nelayan di Kota Bahru tampil membuat laporan polis dengan mendakwa terlihat sebuah kepal terbang yang kelihatan berada amat rendah berbanding kapal terbang biasa.

Pesawat itu terbang rendah daripada biasa di Laut China Selatan, kira-kira lapan batu nautika dari Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan.

Saksi bernama Azid Ibrahim, 66 tahun, berkata, kejadian itu berlaku itu kira-kira jam 1.30 pagi semasa membawa lima kaki pancing di kawasan tersebut.

Menurutnya, pesawat itu terbang rendah dan kapal terbang sedang dari arah negara ini menuju ke tengah laut.


Azid berkata dia dan seorang kawan terlihat pesawat itu dan apa yang jelas, lampu kapal terbang itu amat besar, hampir sebiji buah kelapa.

Azid kemudiannya pulang ke rumah dan hanya mengetahui kisah kehilangan MH370 melalui televisyen.

Berikutan itu, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Kelantan. -sumber SINAR HARIAN-


Laporan polis di bawah:


Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.