Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Saturday, 27 August 2016

Unknown

Ramai Nak Belasah Wanita Baju Merah Ini, Kenapa?


Ramai Nak Belasah Wanita Baju Merah Ini, Kenapa?
Ramai netizen menyatakan mahu belasah dan memberi penumbuk jika terjumpa dengan ‘wanita’ seksi berbaju merah ini. Dah kenapa pulak nak belasah dia?
Rupa-rupanya wanita yang gemar tampil berpakaian seksi untuk menggamit perhatian orang ramai di kawasan terbuka pada ‘siang-siang’ hari di Chengdu, China ini adalah pondan yang terlalu yakin dia dipandang jelita oleh orang sekeliling.
Walau bagaimanapun di alam realiti nyata berbeza kerana ramai orang berasa meluat melihatnya.

Wednesday, 15 July 2015

Unknown

Baju Raya Che Ta Bernilai RM4,000?

Sebelum ini timbul cerita mengenai persiapan baju raya pelakon dan pengacara popularRozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta dimana kononnya pelakon ini dan keluarga telah menempah 60 helai baju untuk dipakai pada tahun ini. 



Baju Raya Che Ta Bernila RM4,000?

Terbaru, timbul pula gosip dimana Che Ta telah memuatnaik luahan perasaan hampanya di Instagram hanya disebabkan manik yang dijahit di busana rayanya tidak berapa kemas dan cantik walaupun dibayar dengan nilai RM4,000.

Namun perkara itu telah menjadi masalah apabila ada segelintir peminat Che Ta menjadikan isu tersebut punca perdebatan peminat di laman sosial tersebut.

Perbezaan pendapat dikalangan peminat Che Ta sendiri itu telah mencetuskan perdebatan walaupun aidilfitri tinggal beberapa hari lagi. Dan seperti biasa ada sebahagian peminat cuba untuk pertahankan apa yang dilakukan oleh pelakon itu walaubagaimana pun ada juga yang menyifatkan Che Ta sebagai seorang yang suka menunjuk-nunjuk. Berpunca daripada perbezaan pendapat itu, maka tercetuslah perdebatan menjelang Aidilfitri ini.-rotikaya

Tuesday, 14 July 2015

Unknown

Si Cilik Yang Comel, Aaisyah Dhia Rana



Comel betul Aaisyah Dhia Rana ni kan? Geram rasanya nak cubit-cubit pipinya itu.

Mana tak comelnya sebab mummy dan daddy Aaisyah pun cantik dan segak orangnya. Siapa tak kenal Rozita Che Wan dan Zain Saidin kan?

Aaisyah merupakan anak pertama buat Zain Saidin, hasil perkongsian hidup dengan Che Ta. Puteri kesayangan mereka ini telah dilahirkan pada 1 November 2014 di Pusat Perubatan Ampang Puteri.

Dah tahu ke kenapa mereka memilih nama tersebut untuk si comel ini?

Bagi yang masih belum tahu, Aaisyah adalah nama ibu Zain Saidin selepas memeluk agama Islam, dan Dhia Rana adalah nama pilihan Rozita Che Wan yang membawa maksud sinar kecantikan.

Tengoklah wajah-wajah Aaisyah yang comel ini, yang telah dikongsikan oleh Che Ta di laman instagramnya.


Coretan: AB

Tuesday, 7 April 2015

Unknown

15 GAMBAR DALAMAN Rumah Bill Gates Orang Paling Kaya Di Dunia… Gambar TERAKHIR Akan Buat Anda TERPEGUN !!!


Manusia terkaya dunia, Bill Gates yang tinggal di pinggir bandar eksklusif, Medina, Washington, di sebuah rumah besar di sisi bukit yang menghadap ke Tasik Washington. Alamat rumah agam itu adalah 1835 73 Ave NE, Medina, WA 98039. Rumah Bill Gates yang merangkumi lebih daripada 66,000 kaki persegi yang bersamaan dengan 1.5 acres. Bilik utama termasuk 7 bilik tidur, 24 bilik mandi, enam dapur, dan enam pendiangan.




Rumah sangat moden di “rumah persinggahan Pasifik” gaya, dengan sistem elektronik yang canggih di mana-mana & Reka bentuk dalaman yang hebat. Walaupun ia adalah lebih seperti sebuah rumah besar abad ke-18 atau ke-19, Ia mempunyai perpustakaan peribadi yang besar dengan bilik bacaan kubah. Walaupun ia kelihatan klasik, tapi ia mempunyai banyak ciri-ciri yang unik. Banyak keajaiban genius yang diintegrasikan ke dalam rumah untuk yang terbaru dalam kemudahan moden adalah kerja-kerja seni. Lantai yang di lengkapi tekanan sensitif, di mana-mana anggota keluarga diterapkan oleh keselamatan, boleh tahu siapa yang berada di kediaman oleh berat jejak mereka dalam rumah Bill Gates.

Lampu secara automatik akan menyala apabila anda datang. Speaker tersembunyi di bawah kertas dinding untuk membolehkan muzik mengikuti anda dari bilik ke bilik. Sentuhan pad mudah alih akan mengawal segala-galanya daripada TV set untuk suhu dan lampu, yang akan mencerahkan atau malap untuk majlis atau untuk dipadankan dengan lampu luar. Pelawat yang datang ke rumah Bill Gates ditinjau dan diberi mikrocip semasa masuk. Cip kecil menghantar isyarat di seluruh rumah, suhu dan lain-lain keadaan bilik yang akan berubah mengikut pilihan pengguna. Pada tahun 2009, cukai harta ke atas rumah yang telah dilaporkan ialah sebanyak US $ 1.063.000. Lihat lagi gambar-gambar mewah rumah milik Bill Gates ni.
















Friday, 27 March 2015

Unknown

9 Foto terkini Lisa Surihani selepas disahkan hamil anak pertama

Desas desus mengenai status Lisa Surihani yang sebelum ini didakwa hamil akhirnya terungkap setelah disahkan sendiri oleh suami tercinta, Yusry Abdul Halim.


Tak apa lah memandangkan semua dah terjawab, jom kita ushar sikit foto-foto terbaru Lisa setelah disahkan hamil di majlis pelancaran filem Cicakman 3.

Memetik laporan Sinar Harian, Yusry bagaimanapun enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut kerana memegang pesanan orang tua-tua.

"Mengenai berita kehamilan itu, ya, Lisa mengandung. Tapi kami mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi maklumat lanjut.

Sejujurnya kami memegang pesanan orang tua-tua bahawa berita mengenai kehamilan hanya boleh dikongsi selepas tempoh tertentu.

Jadi apabila tiba masanya, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut."






Pada masa sama Lisa memaklumkan dirinya berasa serba salah sama ada mahu berkongsi berita kehamilannya atau tidak.

"Bila ada wartawan yang mesej, saya memang serba salah nak jawab, sebab masih baru dan orang tua-tua pesan kalau boleh lepaskan trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan) baru kongsi berita ini.

Apa pun Alhamdulillah atas doa banyak pihak dan terima kasih atas mesej positif yang saya terima menerusi pelbagai medium."


Apa-apa pun tahniah daripada kami di atas berita gembira ini - Ohbulan.





Friday, 19 December 2014

Unknown

Bagaikan tidak percaya, selebriti-selebriti ini mempunyai wajah yang hampir sama. Pasti ada yang keliru yang mana satu artis kesayangan mereka.


Ada juga di antara selebriti ini yang sering ditujukan soalan yang sama mengenai wajah mereka yang seiras. 


Wawa Zainal dan Ayda Jebat
Ramai yang mengatakan bahawa pelakon Rindu Awak 200%, Ayda Jebat mempunyai wajah seiras Wawa Zainal. Dengan sekali pandang sahaja mereka lihat seperti adik beradik. 


Maya Karin dan Marissa Yasmin
Memang tidak dapat dinafikan lagi keirasan wajah Maya dan Marissa. Mereka juga digandingkan sebagai ibu (Marissa) dan anak (Maya) dalam filem Lagenda Budak Setan 3. Marissa yang ketika ditemui tempoh hari ditanya mengenai hal ini berkata: “Ramai yang mengatakan bahawa muka saya seiras Maya dan awak adalah orang yang ke 100 berkata begitu,” ujar Marissa ketawa. 


Kavita Sidhu dan Raja Ilya
Kavita dan Ilya kedua-duanya dikurniakan wajah yang cantik. Jika dilihat gambar di atas, agak sukar untuk membezakan yang mana satu mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai ketinggian bak peragawati. 


Aeril Zafri dan Shafie Naswip
Aeril dan Shafie bukan sahaja memiliki wajah yang hampir sama, tapi kedu-dua mereka juga mempunya bakat yang besar dalam bidang lakonan. Jika dilihat, keirasan wajah mereka terletak di bahagian hidung dan di mulut. 


Zarina Anjoulie dan Lufya
Wajah mereka yang sama menyebabkan beberapa kontroversi timbul dan wujudnya perbalahan antara mereka. Zarina juga turut meluahkan rasa tidak puas hati di Twitter mengenai hal ini kerana orang ramai sering memanggilnya dengan nama Lufya. 

Hosted on: kamithemedia.blogspot.com 

Monday, 10 November 2014

Unknown

28 Gambar Istiadat Persandingan TMJ Dan Che Puan Khaleeda


PERSANDINGAN


28 Gambar Istiadat Persandingan TMJ Dan Che Puan Khaleeda | Majlis istiadat diraja persandingan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan Che Puan Khaleeda bermula pada pukul 9.20 malam dengan keberangkatan masuk Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris

Majlis diikuti pila dengan keberangkatan masuk Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom.

Selepas itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching dilihat melangkah masuk ke dalam dewan diikuti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Antara barisan kehormat yang turut memeriahkan majlis persandingan TMJ dan Che Puan Khaleeda ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan juga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah.

Di kesempatan ini, Katak Comel ingin mengucapkan jutaan tahniah buat TMJ dan isterinya dan mendoakan agar perkahwinan mereka ini kekal hingga ke jannah. Luaskan Kuasamu!

Apa pun, mari kita terjah beberapa gambar majlis istiadat Tunku Mahkota Johor dan Che Puan Khaleeda yang Katak Comel paparkan di bawah ini buat tatapan anda. Selamat berhujung minggu dan ong gedek gedek