Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Friday 14 March 2014

Unknown

[HIBURAN] Punca sebenar Zatul dakwa dirogol Mohd, beliau kini sah tidak bersalah


Punca sebenar Zatul dakwa dirogol Mohd - Bekas juara program realiti Mentor musim keempat yang juga protege kepada Ziana Zain, Mohd pernah menggemparkan dunia hiburan tempatan apabila dia didakwa merogol teman wanitanya, Zatul.

Bagaimanapun, tuduhan yang dilemparkan itu disahkan tidak benar dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai ‘No Futher Action’ (NFA) atau tiada tindakan selanjutnya. Kini, Mohd bebas dari tuduhan merogol, lapor Malaysian Digest.

Sebelum ini, Mohd pernah ditanya tenatng punca sebenar dakwaan itu boleh timbul dari mulut Zatul. Beliau memberitahu semuanya disebabkan ajakan Zatul mahu berkahwin dalam masa terdekat meskipun baru sebulan berkenalan.

"Saya tidak pernah bercinta dengannya. Hubungan kami hanya rakan artis. Sebulan kami berkenalan, saya jadi pelik kerana dengan tiba-tiba dia mengajak saya untuk berkahwin dan saya pun jadi musykil. Selepas saya menolak berlakulah seperti apa yang dilaporkan."

Sementara itu, Mohd memberi notis tempoh 3 bulan kepada Zatul untuk meminta maaf secara terbuka jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil.

"Tuduhan ini cukup memalukan saya dan keluarga. Kerjaya nyanyian saya terjejas teruk. Saya beri 3 bulan kepada dia (Zatul) tampil memohon maaf secara terbuka dan membuat penjelasan kepada media mengenai tuduhannya itu.

Saya mahu dia bersihkan nama saya. Sekiranya dia tidak berbuat demikian, saya akan berbincang dengan peguam saya untuk tindakan selanjutnya."

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.