Hanez Suraya
"DALAM kemelut yang berlaku ini saya minta semua pihak tidak mengait dan melibatkan AuraWhite dengan hal peribadi saya kerana saya hanya duta produk tersebut," ujar Hanez Suraya mengenai kontroversi yang sedang hangat berlaku melibatkan dirinya.
Hanez berkata, dia kesal apabila mengetahui ada pihak cuba menghasut pengguna AuraWhite untuk memboikot produk tersebut hanya kerana dia menjadi duta produk itu.
"Jangan campurkan hal personal dan karier saya. Itu sangat tidak adil untuk pihak AuraWhite sendiri. Saya juga amat berharap perniagaan AuraWhite tidak terjejas bila ada pihak mahu memboikot produk tersebut," ujarnya.
Hanez berkata, di sebalik segala kontroversi yang berlaku, dia bersyukur kerana karier seninya tidak terjejas dan masih mendapat tawaran daripada beberapa produksi.
"Alhamdulillah setakat ini saya rasa karier saya tidak terjejas. Masih ada beberapa tawaran yang datang tapi kerana masalah ini saya terpaksa tolak.
"Saya tidak mahu bekerja dalam keadaan tertekan, biarlah saya selesaikan perkara ini terlebih dahulu sebelum kembali bekerja," jelasnya.
Heret Mr. R
Menerusi sebuah akhbar mingguan kelmarin, isteri Mr R, Nurliyana Abd Manan mendakwa Hanez menjadi punca keruntuhan rumah tangganya dan Hanez juga didakwa merampas suaminya.
Dek pendedahan yang dilakukan Nurliyana, Hanez dihujani pelbagai komen negatif dan hinaan di laman sosial seperti Instagram dan Twitter.
"Tidak adil jika mereka hanya dengar penjelasan sebelah pihak. Mereka harus dengar penjelasan saya dan juga pihak yang sepatutnya bersuara (Mr. R). Selepas itu nilailah sendiri dan jika benar mereka rasa saya bersalah, saya tidak kisah andai mereka menghukum saya.
"Saya tenang menerima semua ini, namun saya sedih dengan orang yang mendengar dan menghukum saya menerusi cerita sebelah pihak sahaja. Saya juga manusia biasa yang tidak sempurna.
"Tapi tidak adil mereka menghukum saya tanpa bukti yang sahih, bagi peluang saya menjelaskan perkara sebenar dan saya juga amat berharap peminat saya dapat beri masa untuk saya," katanya.
Menurut Hanez, satu sidang media akan diadakan secepat mungkin bagi menjelaskan kedudukan sebenar. Namun lokasi sidang media tersebut masih belum ditetapkan.
"Saya sudah ada tarikh dan masa untuk mengadakan sidang media, cuma sekarang hanya ada masalah dengan lokasi. Sebaik sahaja semuanya lengkap, saya akan panggil semua media dan jelaskan segalanya pada sidang media berkenaan.
"Namun saya tidak ada hak untuk menceritakan segala hal yang sebenar dan yang ada hak adalah tuan punya badan (Mr. R). Namun apa yang penting sekarang biarlah keadaan semua reda terlebih dahulu," katanya.
Sokongan keluarga
Pelakon drama bersiri Ruby ini berkata, di sebalik segala kontroversi yang berlaku ini, dia amat bertuah kerana keluarga amat memahami dan memberi sokongan moral kepadanya.
"Keluarga saya tidak ada apa-apa masalah. Bukanlah nak kata mereka menyokong apa yang terjadi, tapi mereka mengetahui dan sudah diberitahu mengenai kedudukan sebenar.
"Malah, orang yang rapat dengan saya juga memahami segala yang berlaku dan mereka memberi sokongan kepada saya untuk menghadapi situasi yang berat ini," katanya.

Note: only a member of this blog may post a comment.