Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Saturday, 8 March 2014

Melly Danish

[PANAS] zed zaidi yg tak syg mulut


 

 Pesawat MH370 hilang di sempadan Vietnam

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
SEPANG: Pesawat MH370 jenis Boeing 777-200 dipercayai hilang di sempadan Veitnam ketika dalam perjalanan ke Beijing , kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Beliau berkata, kali terakhir pesawat itu dikesan di kawasan sekitar Kota Bharu, Kelantan menghala ke Laut China Selatan.

MAS nafikan pesawatnya yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing mendarat cemas di Nanming, China tetapi sudah menghubungi pihak berkuasa negara berkenaan untuk pengesahan lanjut.

Pesawat MH370 jenis Boeing 777-200 berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) jam 12.41 pagi tadi ke Beijing membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal dan dua bayi. Pesawat sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing jam 6.30 pagi tadi.


FotoFOTO AFP

Pesawat itu membawa 152 warga China; Malaysia (38); Indonesia (12); Australia (tujuh); Amerika Syarikat (empat); Perancis (tiga); masing-masing dua dari New Zealand, Ukraine dan Kanada, serta masing-masing seorang dari Rusia, Itali, Taiwan, Belanda dan Austria.

Dua bayi terbabit adalah rakyat China dan Amerika Syarikat manakala pesawat dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dan Kapten Fariq Ab Hamid, 27.

Ahmad Jauhari berkata, pihaknya sudah menggerakkan gerakan mencari selepas penerbangan hilang dari radar sejam kemudian dengan gerakan mencari ditumpu di lokasi terakhir dikesan di Laut China Selatan dan sempadan Vietnam.

Beliau berkata, pesawat berkenaan tidak pernah dikesan memasuki ruang udara China.

"Kami juga mengesahkan bahawa situasi cuaca dilaporkan baik," katanya.

China juga dilaporkan telah melancarkan bilik gerakan kecemasan berikutan kehilangan pesawat berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/articles/PesawatMH370hilangdisempadanVietnam//Article?BeritaUtama

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.