Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Wednesday, 5 March 2014

Unknown

[HIBURAN] 10 Kontroversi Paling Hangat Selebriti Sepanjang Tahun 2013


Kompilasi kontroversi.


ARTIS – 10 Kontroversi Paling Hangat Selebriti Sepanjang Tahun 2013 | Beberapa hari lagi kita bakal melabuhkan tirai tahun 2013 dan membuka lembaran baru di tahun 2014. Pelbagai insiden dan kontroversi yang melanda dunia artis Malaysia. Jadi Abg Kuch Bolona berkesempatan membaca artikel ini dari myMetro dan ingin berkongsi bersama pembaca Obses Media.

Antara 10 kontroversi paling hangat diperkatakan sepanjang tahun ini dengan skandal Adi Putra yang menduduki carta teratas kisah paling panas 2013 manakala kontroversi yang masih menjadi bualan menjelang 2013 melabuhkan tirainya ialah cinta kilat Johan Asa’ari dengan Lana Nordin yang hanya bertahan selama sebulan.

1. Cinta Shila Amzah


 
Tahun 2013 melakar sejarah paling bermakna dalam kanvas seni Shila Amzah apabila mengembangkan sayap pada peringkat antarabangsa. Di sebalik kejayaan itu, penyanyi yang popular dengan lagu Masih Aku Cinta, terpalit kontroversi kisah cinta hingga mendominasi suasana.

Siapa tidak tahu percintaan ‘tragis’ Shila dan pelakon, Sharnaaz Ahmad. Hubungan yang tidak mendapat restu ibu bapa Shila itu menjadi bualan ramai bahkan ramai berharap Shila sedar apa yang dilakukan orang tua adalah untuk kebaikannya.

Sikap kurang bijak Sharnaaz menyelar bapa Shila yang juga penyanyi, ND Lala kerana menegur sikap­nya yang terlalu terbuka, memberikan kenyataan mengenai hubungan cinta dan tetap mahu merisik Shila, awal tahun lalu, mengeruhkan lagi keadaan.

Sharnaaz kemudian mengeluarkan kenyataan tidak akan merisik Shila. Kemuncak perjalanan kisah cinta dua anak muda itu, Shila ‘hilang’ seketika berikutan tertekan dengan konflik yang berlaku.

Bagaimanapun Shila kembali ke pangkuan keluarga selepas bapanya membuat laporan polis dan kehilangannya disiar akhbar. Hubungan Shila dan Sharnaaz juga berakhir dan ia menjadi pengajaran buat mereka berdua.

2. Skandal Adi Putra


Seluruh negara mengikuti perkembangan dakwaan skandal Adi Putra atau nama sebenar, Mohamed Hadi Putera Halim, 32, dengan isteri orang, Nooraida Abdul Mutalib, 30, yang hangat diperkatakan sejak 5 September lalu.

Mereka dikatakan saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah walaupun baru seminggu kenal menerusi laman sosial Instagram dan kerap berbalas mesej melalui WhatsApp sejak 29 Julai lalu.

Suami Nooraida, Amiruddin Osman, 56, mengesan hubungan itu selepas terbaca SMS mereka, awal Ogos lalu dan membuat laporan di Balai Polis Skudai, Johor. Adi turut membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur, mendakwa diugut lelaki yang mengaku suami peminat wanitanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

PDRM mengesahkan siasatan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai ‘no further action’ (NFA) atau tiada tindakan selanjutnya yang boleh disabitkan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan pada 2 Disember lalu.

Dalam sidang medianya, Adi menegaskan dia langsung tidak mengenali wanita itu, apatah lagi saling berhubung seperti didakwa. Keesokan hari, Amiruddin dan Nooraida dalam sidang media meluahkan rasa tidak puas hati dan mahu meneruskan kes itu dengan menyerahkan surat rayuan kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuka semula siasatan kes itu.

3. Afiq Muiz si Tanggang moden


Krisis hubungan pelakon muda, Afiq Muiz atau nama penuhnya, Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 21 dan ibunya, Hasliza Mohd, 48, bermula apabila Afiq mendedahkan kecewa dengan kenyataan ibunya dalam laman portal, menggelarnya anak derhaka dan mendakwa sikapnya berubah selepas menjalin hubungan dengan pelakon, Eina Azman, 18.

Afiq mencipta nama menerusi drama Mimpi Cinderella, malu dengan tindakan ibunya mendedahkan perselisihan faham dan hal dalaman keluarga mereka kepada umum.

Lebih terkilan apabila dia dikutuk, dikritik dan dihalau dari rumah apabila keluarga tahu dia berkawan dengan Eina serta menuduh Eina mengikis semua wang simpanannya. Afiq mendakwa, sepanjang tiga tahun menceburi bidang lakonan, hampir 80 peratus wang lakonan diberikan kepada ibunya tetapi sedikitpun tidak dihargai.

Afiq turut mendakwa abangnya pernah memijak kepalanya apabila dia tidak beri wang malah pernah ditipu, kononnya ibu meninggal dunia hanya kerana mereka mahu dia pulang ke rumah dan berikan wang.

Keadaan semakin buruk apabila Eina mahu Hasliza memohon maaf atas tuduhan yang dilemparkan kepada­nya dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Kes itu selesai apabila Afiq bersedia memohon maaf daripada ibunya dengan syarat menarik balik semua kenyataan negatif terutama ‘anak derhaka’.

4. Ashraf Muslim kahwin dua
 
Imej pelakon yang mendirikan rumah tangga dengan anak kepada pengasas Pusat Perubatan Islam al-Hidayah, Lokman Abdul Hamid iaitu Noor Dayana pada 24 September 2011 di Makkah, tercalar apabila hasratnya untuk berkahwin lagi dihidu media.

Ashraf dikatakan hadir di mahkamah untuk permohonan berpoligami tetapi dinafikan. Bagaimanapun, desas-desus itu terjawab apabila Ashraf mengaku berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai lalu.

Dayana dikatakan reda jika suaminya berkahwin lagi tetapi ia disangkal Lokman. Pengamal perubatan Islam itu nyata kecewa kerana Ashraf seolah-olah tidak sabar mahu menikahi Sakinah tanpa menunggu keputusan mahkamah berkenaan permohonannya untuk berpoligami.

Ashraf akhirnya tampil memberi penjelasan bahawa dia tidak kahwin lari kerana ketika bernikah di Pattalung, Thailand keluarga Sakinah turut bersama.

Bagaimanapun, Ashraf mengaku merahsiakan pernikahan itu kerana tidak mahu Dayana terluka dan merancang memberitahu isterinya itu selepas semuanya selesai.

Namun, Dayana tahu terlebih dulu sebelum dia sempat buka mulut apabila menemui tiket penerbangannya. Ashraf turut menegaskan dia berkahwin lagi bukan atas sebab zuriat seperti didakwa sebaliknya kerana sudah tertulis jodohnya dengan Sakinah.

5. KL Gangster 2 ‘dirompak’
 
Pada 27 Ogos lalu, karyawan filem digemparkan dengan isu kebocoran filem KL Gangster 2 dan ia disifatkan rompakan digital terburuk dalam sejarah industri perfileman tanah air.

Belum pun masuk pawagam, orang ramai sudah boleh menonton karya arahan Syamsul Yusof menerusi Internet malah cetakan digitalnya dijual di merata tempat.

Produser Skop Production, Datuk Yusof Haslam mengesyaki ada pihak tidak senang dengan sambutan positif terhadap filem pertama KL Gangster hingga sekuelnya sengaja disabotaj.

Yusof tekad mencari dalang yang ‘merompak’ hasil kerja anaknya itu dan berharap ia menjadi iktibar buat semua. Meskipun laporan polis sudah dibuat dan kes ini mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDNHEP) serta beberapa pihak lagi, jenayah serius ini masih tergantung sehingga hari ini.

Apa sudah jadi? Sejak Ogos hingga kini tidak ada apa-apa perkembangan. Perkara ini tidak wajar dipandang enteng kerana ia barah yang mampu membunuh industri.

6. Aeril dan Wawa sorok nikah

 
Selepas lebih setahun berkahwin dan mempunyai anak, Aeril Zafril dan Wawa Zainal akhirnya buka mulut mengenai pernikahan mereka selepas satu artikel mendedahkan rahsia itu.

Hubungan rapat pasangan itu sudah lama diperhatikan media tetapi mereka berdalih menafikan bercinta.

Dalam sidang media pada awal Oktober lalu, Aeril bukan saja mengaku sudah berkahwin malah menjelaskan bernikah dua kali. Kali pertama pada 25 Februari 2012 di kediaman pengurusnya di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, mengikut hukum syarak berwalikan bapa Wawa dan dinikahkan imam dari Sabah.

Bagaimanapun, apabila Wawa hamil pada Januari 2013, mereka bernikah sekali lagi pada Februari 2013 di Masjid Datuk Harun, Petaling Jaya mengikut saluran undang-undang negara dan sebelum itu menghadiri kursus perkahwinan.

Wawa menjelaskan terpaksa menyembunyikan statusnya atas dasar darurat kerana menghormati kontraknya dengan MIG Talent selain takut kepada Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Pictures (MIG Pictures), David Teo. Jika bercinta pun akan dimarah, apatah lagi berkahwin.

Wawa turut mengaku melahirkan anak lelaki diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar pada 24 Ogos lalu di Roopin Medical Centre, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur.

7. Erma Fatima dan Rabecca Nur Islam

 
‘Perang’ di antara pengarah, Erma Fatima dan pelakon, Rabecca Nur Islam dianggap buku bertemu ruas. ­Rabecca menang kes saman terhadap Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd ­milik Erma berikutan kegagalan syarikat produksi itu melunaskan baki 40 ­peratus bayaran lakonannya bagi ­drama bersiri Dejavu Di Kinabalu yang dibintangi tahun lalu.

Mahkamah memerintahkan Erma membayar RM11,200 kepada ­Rabecca. Ia menjadi panas apabila Erma membayar jumlah itu dengan ribuan keping syiling 5 sen dan senaskhah al-Quran hingga tidak disenangi Rabecca. Pelakon itu memulangkan semula syiling berkenaan dan meminta Erma membayar wang tuntutan itu dengan cara berhemah.

Alasan Erma, tindakan­nya itu sengaja dibuatnya bagi mengajar Rabecca. Masing-masing meluahkan perasaan tidak puas hati di laman sosial Instagram (IG). Erma kemudian membayar Rabecca dengan duit kertas RM1.

8. Fizz Fairuz bertunang isteri orang

Pertunangan Fizz Fairuz dengan Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, secara senyap di Kuantan pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana ramai sedia maklum pelakon Nur Kasih itu bercinta dengan pelakon, Almy Nadia selama tujuh tahun.

Gambar Fizz menyarungkan sendiri cincin ke jari manis Azlyn dikritik kurang manis kerana bertentangan dengan adat Melayu dan tidak menepati syariat.

Seminggu kemudian, Fizz mengeluarkan kenyataan sudah memutuskan pertunangan dengan Azlyn kerana mengetahui wanita itu isteri kedua seorang usahawan selepas empat hari bertunang.

Kontroversi itu makin sensasi apabila Fizz mendakwa terkena buatan orang hingga menurut saja aturan pertunangan yang dirancang. Fizz turut memohon maaf kepada Almy dengan apa yang terjadi. Almy mengaku sudah lama mengetahui kekasihnya itu terkena sihir seperti didakwa.

Tindakan drastik Fizz memutuskan ­pertunangan itu mengejutkan Azlyn dan bertindak tampil ke depan memberi kenyataan. Suami Azlyn yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar) meminta ­masyarakat tidak menyalahkan Fizz kerana pelakon itu mangsa penganiayaan dan penipuan.

Ramli mendakwa isterinya ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan. Fizz mengaku trauma kerana insiden itu hingga mengambil keputusan berdiam seketika sebelum kembali muncul apabila segala-galanya reda.

9. Kes khalwat Shah Jaszle
 
Berita pelakon Shahz Jaszle atau nama sebenar, Shahrizal Jaszle Jasmi, 25, ditangkap basah bersama Farah Nurizzati Salleh, 21, pada 16 Mei menggemparkan industri hiburan tanah air kerana dia sudah bertunang dengan pelajar perubatan, Redzwani Puteri Ismail, 25.

Dia dan Farah dicekup di Kayangan Apartment, Jalan PJS 10/24, Taman Sri Subang pada jam 3.50 pagi. Bagaimanapun, pelakon itu menegaskan, ketika ditahan, dia bukan berdua-duaan sebaliknya berlima di kediaman itu dan menyifatkan penahanan itu adalah perangkap.

Berita itu makin panas apabila Shahz menyerang Farah di tempat kerja hingga wanita itu diberhentikan kerja 24 jam.

Ketika dibicarakan, Farah mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dan membayar denda RM3,000. Sebaliknya Shahz mengaku tidak bersalah. Mahkamah membenarkannya dibebaskan dengan ikat jamin RM1,500 dan menetapkan 21 Januari ini untuk sebutan semula kes.

Berikutan skandal memalukan itu, keluarga Redzwani bertindak memutuskan pertunangan pada 10 Jun lalu bagi mengelakkan gadis itu menjadi bahan cemuhan masyarakat. Ibu bapa Redzwani difahamkan memulangkan dua bentuk cincin tetapi ikatan yang terputus sudah bertaut kembali.

10. Cinta kilat Johan, Lana

 
Sebulan lalu, bintang Juvana, Johan Asa’ari meng­gemparkan peminat apabila mengaku mahu melamar pelakon sensasi, Lana Nordin menjadi isterinya selepas tiga hari berkenalan.

Bagaimanapun, beberapa hari menjelang 2013 melabuhkan tirainya, Johan mengejutkan peminat lagi apabila mengatakan hubungannya dengan Lana berakhir kerana tidak mendapat restu ibunya.

Ramai bersimpati dengan Lana yang sanggup berubah apabila bertemu lelaki yang disifatkan mampu membimbingnya tetapi akhirnya dikecewakan Johan yang selama ini dikenali sebagai pelakon berimej warak.

Ada mengatakan tiada restu ibu hanya alasan Johan kerana dia sebelum itu pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita seperti Izreen Azmindar, Nabila Huda, Nita Hamzah dan Shila Amzah.

Sumber: myMetro

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.