Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Wednesday 5 March 2014

Unknown

[PANAZZZ] Dato’ Terlajak Laris Serang Fida Ibrahim?


Ini salah faham je.


Dato’ Terlajak Laris Serang Fida Ibrahim? | Sebelum ini Abg Kuch Bolona ada siarkan video iklan komersial produk Beauty Umaira yang menampilkan Syasya, Bobo dan Kak Ton di internet, tapi Abg Kuch Bolona tak sangka penyanyi dan pelakon Rafidah Ibrahim turut terkena tempiasnya.

Alkisahnya, Rafidah atau lebih mesra disapa Fida telah diserang oleh seorang lelaki berpangkat Dato’ di laman sosial. Dato’ bernama Aliff Syukri yang juga merupakan pengasas produk kosmetik dan kesihatan D’Herbs telah meluahkan rasa tidak puas hati kepada Fida yang dianggap seakan memandang rendah kepada rangkaian produk Terlajak Laris miliknya.



Selain mempertikaikan tindakan selebriti tersebut, Dato’ Aliff juga seolah-olah mendakwa Fida sengaja berbuat sedemikian untuk mencari publisiti murahan.

Fida bagaimanapun tidak mendiamkan diri sebaliknya turut sama memuatnaik sekeping foto dengan menjelaskan bahawa akaun yang dikatakan oleh Dato’ Aliff itu bukanlah miliknya.

Difahamkan, terdapat seorang individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama serta gambar Fida di beberapa laman sosial.Tidak berapa lama kemudian, Dato’ Aliff dilihat memohon maaf kepada Fida dan berharap supaya akaun palsu berkenaan dipantau agar tidak mendatangkan kesulitan di masa hadapan.

Abg Kuch Bolona Ibrahim – Sekarang ini memang susah nak tentukan pemilik sebenar akaun sosial media ini sebab banyak faker – faker yang suka ambil kesempatan. Jadi artis perlu la alert dengan benda – benda ini agar tidak timbul salah faham

Sumber: KoleksiCeritaBest 

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.