Pesawat MH370: GEORGE TOWN – Seorang pensyarah semalam mengemukakan satu teori baharu mengenai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menyatakan ia mungkin berpunca daripada fenomena super air pocket atau poket udara berskala luar biasa.Pesawat MH370: Sebab dan punca misteri pesawat MAS MH370 hilang begitu sahaja ada tanpa sebab kenapa dan punca malah ada yang mengatakan fenomena Segi Tiga Bermuda dll namun seorang Prof Mohd Omar melakarkan teori bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 ketika ditemui di USM, Pulau Pinang semalam. Gambar dan artikel ihsan Kosmo Online
Pensyarah dari Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Mohd. Omar Ab. Kadir memberitahu, terdapat kemungkinan pesawat tersebut telah menempuh fenomena poket udara luar biasa dan mungkin saiznya 10 kali ganda daripada poket udara biasa sehingga menyebabkan pesawat berkenaan gagal berfungsi.
Menurut beliau yang pernah bertugas sebagai pegawai penyelidik di US Naval Academy ketika melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah di Amerika Syarikat memberitahu, kejadian pesawat berkenaan yang gagal dikesan oleh radar adalah disebabkan oleh vakum yang wujud di dalam poket udara tersebut.
“Dalam keadaan vakum, sebarang bentuk isyarat serta gelombang tidak dapat berfungsi dan keadaan itu menyamai situasi yang dihadapi oleh pesawat MH370 kerana menara kawalan tidak menerima sebarang isyarat kecemasan semasa pesawat itu dilaporkan terputus hubungan pada pagi Sabtu lalu,” katanya.
Mohd. Omar yang merupakan pemegang Sijil Pemprosesan Signal dan Getaran dari University of Southamton, England berkata, ketika pesawat itu melalui kawasan poket udara itu juga, ia telah jatuh dengan kelajuan 10 meter setiap saat atau kira-kira 900 kilometer sejam (km/j).
Jelas beliau, keadaan itu mungkin menyebabkan juruterbang dan penumpang di dalamnya mungkin tercampak atau melambung.
Ekoran kejadian itu, katanya, juruterbang dan pembantunya mungkin mengalami simptom tidak sedarkan diri sama ada disebabkan oleh pengsan ataupun telah meninggal dunia akibat komplikasi pada organ dalaman badan.
Sumber Kosmo!
Pesawat MH370 laporan operasi hari ke5 pagi ini satelit China telah mengesan 3 objek misteri lihat gambar dan klik sini baca – Majalah Review Malaysia – MRM #MH370
Note: only a member of this blog may post a comment.