Raja Bomoh - " Saya Tampar Khairy Jamaluddin Macam Buaya Baru Dia Tahu" |
Berikut merupakan kata-kata sedikit yang diambil dari Raja Bomoh
Sedunia itu. Selain itu raja bomoh ni mengatakan juga KJ sebagai Budak
hingusan yang biadab juga. Marah beno Tok . Nak tahu kenapa ? Baca
selanjutnya
Raja Bomoh - " Saya Tampar Khairy Jamaluddin Macam Buaya Baru Dia Tahu"
Raja Bomoh Sedunia, iaitu Datuk Mahaguru
Ibrahim Mat Zin menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin
sebagai budak hingusan yang kurang ajar dan biadab.
Menurutnya, Khairy sepatutnya berjumpa
dengannya terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan sebenar, sebelum
mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diperoleh daripada media.
“Budak-baru baru yang jadi menteri ni,
tak usahlah nak ambil publisiti atas nama Datuk. Biar saya buat kerja,
kalau nak cari publisiti pergilah cari orang lain dan bukan atas nama
saya.
“Tak baik. Orang-orang muda ni,
(seharusnya) menghormati orang yang lebih tua. Jangan kata itu haram,
ini haram. Berjumpalah dahulu. Mahkamah kalau nak jatuh hukum pun, kena
siasat dulu” jelasnya ketika ditemui semalam.
Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda
Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual,
Raja Bomoh itu sebagai memalukan. Beliau turut berkata tindakan perlu
diambil terhadap bomoh “tikar terbang” tersebut.
“Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan,” katanya.
Terdahulu, ahli parlimen Rembau itu
turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja
Bomoh ini.
Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang
melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi
mengesan pesawat #MH#70 yang hilang beberapa hari lalu.
Mengulas lanjut, Ibrahim turut menggesa
Khairy agar menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini atau
berdepan dengan tindakan saman kerana mengeluarkan kenyataan yang
memalukan dirinya.
“Saya tidak takut dengan dia. Letak jawatan sebagai menteri, boleh lawan dengan saya. Dia pun bukan senonoh sangat perangai.
“Biar saya cakap terang-terang pada
Khairy Jamaluddin. Saya cabar dia. Letak jawatan (sebagai Menteri) dan
saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita try fight. Saya tampar dia
macam buaya nanti, baru dia tahu.
Ibrahim turut mengatakan, keputusan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Khairy sebagai ahli
kabinet adalah merupakan satu keputusan yang salah.
“Kalau perkara ini melarat, saya akan
buat memorandum untuk berjumpa dengan (Perdana Menteri) Najib bersama
semua ahli silat kita seramai 500 ribu orang.
“Dia budak baru, dia ingat saya baru
setahun jagung?. Orang kampung dia bolehlah dia gempar di Rembau, kena
bodoh. Ibrahim Mat Zin, dia (Khairy) jangan gempar.
Beliau
turut menyifatkan Khairy sebagai seorang menteri yang gila, kerana
sering bergaduh dengan antara 1 dengan semua orang lain. Katanya
Nota :
Ayukk raja bomh dah marah. hahaha.yang ini admin baca amatlah lawak.
tak boleh bla betul lah raja bomoh ni. Apa komen korang ?
Sumber : suara.tv
Note: only a member of this blog may post a comment.