Terbaru Pengurus IT Menjumpai Objek Menyerupai kapal Terbang Dengan Gambar Satelit | Sumber terbaru yang admin terima juga dari web amazingnara yang mengatakan lagi mereka menjumpai gambar mungkin pesawat MH370 menggunakan satelit. Betul ke ni ? Jom baca selanjutnya
Terbaru Pengurus IT Menjumpai Objek Menyerupai kapal Terbang Dengan Gambar Satelit
Pengurus Teknologi Maklumat (IT) bernama Mike Seberger berkata dia mungkin telah berjaya mengesan atau menjumpai pesawat Malaysia Airlines yang hilang menggunakan gambar satelit beresolusi tinggi baru-baru ini
Imej yang dikesan oleh beliau menunjukkan satu objek berbentuk kapal terbang di bawah awan Teluk Thailand, salah satu cabang Laut China Selatan. 42 kapal dan 39 pesawat dari 12 negara telah dihantar untuk operasi mencari dan menyelamat namun setakat ini masih belum menemui pesawat tersebut Namun jika pengesanan yang dibuat oleh Seberger adalah betul, dia mungkin telah menyelesaikan misteri yang mendapat perhatian seluruh dunia dan mengejutkan para pakar penerbangan hanya dari rumah. Seberger, 47, dari Chicago, Amerika Syarikat, menemui objek misteri itu setelah login ke laman web Tomnod, yang telah memuat naik imej satelit seluas 1,000 batu persegi sehari selepas kehilangan pesawat tersebut. Lebih kurang setengah juta orang dari seluruh dunia telah mendaftar untuk misi online tersebut pada hari pertama dan hampir 100,000 orang menggunakan laman web tersebut setiap minit. Minat orang ramai sangat tinggi, sehinggakan laman web tersebut beberapa kali mengalami masalah server disebabkan trafik yang tinggi. Laman itu berfungsi dengan memperuntukkan setiap pengguna dengan satu kotak kecil kawasan yang dicari. Pengguna kemudiannya meneliti kotak tersebut dengan teliti satu teknik yang dipanggil carian orang ramai . Gambar satelit tersebut di ambil 400 batu dari paras bumi pada 9 Mac dan boleh menangkap imej bagi objek sekecil garisan kotak penalti satu padang bola. Sekiranya pengguna terjumpa sesuatu yang menarik, mereka menandakan objek tersebut untuk makluman pengurus laman web Tomnod. Seberger berkata dia hanya mengambil masa beberapa minit untuk menemui objek tersebut, yang dikatakan memiliki dimensi yang konsisten dengan pesawat Boeing 777.
Nota :Harap dengan penemuan petunjuk baru ini dapat lagi lah memeudahkan kerja pihak berkuasa kita atau pun luar, Apa pun jangan putus-putus berdoa ya .
Sumber
Note: only a member of this blog may post a comment.