Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Wednesday, 1 April 2015

Unknown

VIDEO penghasilan MILO tiruan [ ONLY IN MALAYSIA]



Awas dan Hati-hati semua. Kepada semua pengguna, sila periksa dengan teliti dan hati - hati ketika membeli MILO kerana sudah wujud produk milo PALSU di pasaran. Satu video telah menjadi Viral di media sosial yang mana video tersebut menunjukkan proses pembungkusan minuman MILO yang agak mengejutkan.

Ramai yang pelik adakah ini proses pembungkusan MILO ramai yang tidak percaya kerana syarikat pembuat MILO adalah syarikat yang besar mustahil cara pembungkusan nya seperti video di atas.





Mungkin kah ini adalah MILO yang palsu atau cetak rompak, ramai yang risau kandungan MILO yang di pack oleh syarikat di atas, di harap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini.

Ini bagi mengelakkan kan pengguna tertipu dengan apa yang berlaku dan membeli MILO yang tidak bermutu dan boleh menjejaskan kesihatan.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK), berjaya merampas produk minuman Milo tiruan dengan nilai rampasan RM250,000 dalam serbuan yang dilakukan di sebuah taman perumahan mewah di Mantin, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Saifulbahri Abdul Kadir berkata, produk tiruan itu dikesan melalui aduan orang awam yang mencurigai aktiviti tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, melalui pemeriksaan yang dilakukan bersama wakil Nestle di Taman Mulia itu, terdapat beberapa bekas berisi Milo tiruan yang belum dibungkus dalam rumah tersebut.

"Hasil pemeriksaan kita dapati terdapat sebanyak 225 bungkusan yang berisi milo tiruan disimpan di dalam sebuah bilik.

"Kita percaya bungkusan berjenama Milo itu sedia untuk dipasarkan di sekitar negeri ini dan kawasan berhampiran.

"Milo ini disahkan tiruan berdasarkan cara proses yang dilakukan adalah menyalahi proses sebenar yang dilakukan di kilang Nestle sahaja.

"Dengan itu, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan Seksyen 8," katanya.
Credit : Belia Bangkit

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.