KUALA LUMPUR, (MLP) – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meramalkan kejatuhan kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang (PRU14).
Memetik laporan The Malaysian Insider, mantan perdana menteri itu menyuarakan kritikan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sekaligus menyatakan ramalan itu akan berlaku sekiranya presiden UMNO itu terus berkuasa.
Menurut perdana menteri yang paling lama berkhidmat itu, rakyat Malaysia kini tidak lagi mempercayai tampuk kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar dan dengan itu BN, akan kalah jika Najib memimpin Umno hingga PRU14,” ujarnya.
Pada tahun lalu, Tun Mahathir menarik balik sokongannya terhadap Najib kerana dasar mereka yang berbeza. Beliau turut menyatakan Najib harus meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
"Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula," nukilan Tun Mahathir dalam blognya pada hari ini.
Kredit gambar: The Malaysian Insider

Note: only a member of this blog may post a comment.