Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Saturday, 4 April 2015

Unknown

Kandungan dalam seorang Pelajar Darjah 6 Akhirnya Terbongkar...



SELANDAR – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dirogol akhirnya
 terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan lanjut semalam.

Difahamkan sebelum kejadian mangsa yang bakal menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah 
Rendah (UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika di sekolah sebelum pihak sekolah membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Selandar.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya 
menerima aduan mengenai kejadian itu kelmarin.

Menurutnya dalam laporan itu, mangsa yang berusia 12 tahun mendakwa dirogol seorang lelaki 
berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri mangsa.

“Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa disahkan mengandung 7 bulan,” katanya. 
Hasil daripada laporan itu polis menahan seorang warga emas di kediamannya di Selandar pada
 hari sama laporan diterima, lapor Sinar Harian.

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.