Seorang wanita Sarawak, Marjorie Abdullah tidak dibenarkan menghadiri majlis graduasi anak perempuannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam kerana memakai seluar, lapor sebuah portal berita.
“Saya tidak sepatutnya memakai seluar, tetapi kerana saya berada di Sarawak dan tidak melihat kad jemputan yang mencatatkan kod berpakaian kerana ia ada pada anak saya. Jadi mereka tidak benarkan saya masuk dan tidak terima alasan saya,” katanya.
Menerusi paparan itu, wanita yang bergambar bersama anaknya, Nadia dan tunangnya, Marjorie menulis:”Anak saya dan tunangnya juga enggan menghadiri majlis graduasi mereka kerana marah saya dilayan sedemikian.”
Malahan, wanita itu juga memberitahu lagi bahawa mereka bertiga kemudiannya menikmati hidangan sushi yang enak untuk makan tengahari selepas tidak dibenarkan masuk untuk majlis itu.
”Terima kasih kepada semua yang prihatin, kami keluar dan menikmati sushi yang enak, manakala rakan-rakan anak saya mengirim khidmat pesanan ringkas menerusi telefon menyatakan mereka bosan menunggu giliran nama dipanggil dan perlu bertepuk dengan sopan,” katanya.
Wanita itu juga menambah, mungkin kerana jari kakinya yang tidak ditutup menjadi antara sebab dia tidak dibenarkan untuk menghadiri konvokesyen anaknya
Note: only a member of this blog may post a comment.