Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Friday 17 April 2015

Unknown

Video Seekor Burung Yang Cerdik

Video Seekor Burung Yang Cerdik

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa bebas. Tidak ada yang menahannya selain dari pada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang beriman. (16: 79)


Setelah menjelaskan tentang nikmat mata dan telinga bagi manusia, ayat ini mengingatkan kembali nikmat-nikmat ilahi, salah satunya adalah nikmat burung-burung. Allah berfirman, terbangnya burung-burung di langit merupakan tanda-tanda kekuasaan Tuhan.

Allah menciptakan makhluk yang dapat terbang di langit. Kadang-kadang terbang bersama kelompoknya dan kadang-kadang terbang sendirian, begitu juga kadang terbang secara teratur dan kadang tidak. 

Allah menciptakan burung-burung memiliki sayap yang sesuai dengan berat badan dan kondisinya sudah disesuaikan sedemikian agar dapat terbang dengan mudah.
Lihat Juga Video Saat Sakaratul Maut Datang

Mengenai satu video seekor burung yang cerdik ini ,mungkin akan membuatkan anda terpegun dengan 'kecerdikan' yang dimilikinya. Siapa kata burung-burung tidak dapat mencari rezekinya sendiri, padahal Allah jua lah yang memberikan rezeki kepada semua makhluk ciptaanya.

Lihat video ini, bagaimana seekor burung mampu untuk 'mengumpan' mangsanya memakan makanan yang diberikan oleh burung ini.






INFO MENGENAI BURUNG


  • Tulang burung sangat ringan tetapi kukuh kerana bahagian dalam tulangnya kosong.


  • Sayap burung dijadikan dalam bentuk aerodinamik yang membantunya untuk terbang dengan baik.
    Video Seekor Burung Yang Cerdik


  • Paru-paru burung sangat unik kerana ia menyedut dan menghembus udara melalui saluran berbeza.
  • Bulunya dibentuk daripada protein yang dinamakan kerantin.Bahan yang keras dan tahan lasak ini terbentuk daripada sel-sel lama yang meninggalkan sumber zat dan udara untuk mati dan menghasilkan sel-sel baru.


  • Burung membersihkan bulunya menggunakan minyak yang keluar daripada kalenjar minyak di ekornya. Ini menjadikan bulu burung kemas, berkilat, licin dan kalis air.


  • Semua burung yang terbang mempunyai tulang dada (stemum) yang sangat kuat untuk menyokong otot-otot sayap.

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.