Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Tuesday, 14 April 2015

Unknown

SULTAN JOHOR MURKA TERHADAP DATUK AHMAD MASLAN? ISU ENGGAN BERSALAM SEBANYAK 3 KALI


Sultan Johor Ahmad Maslan

Kuala Lumpur – Rakaman Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dikatakan enggan bersalaman dengan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan tersebar di media sosial Facebook.

Pengguna media sosial turut membuat spkulasi,  kononnya Sultan Johor murka dengan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Pontian itu.

Melalui rakaman berdurasi tiga puluh dua saat itu, Sultan Johor dilihat tidak menyambut salam yang dihulurkan oleh Ahmad Maslan.


Pegawai Khas (Penerangan), Datuk Ahmad Maslan ketika dihubungi SuaraTV berkata, perkara tersebut sengaja dibesar-besarkan oleh pihak pembangkang yang ketandusan isu.

Menurut Mohamad  Nazari Ahmad sepanjang pengetahuannya, Sultan Johor tidak mempunyai sebarang masalah dengan Ahmad Maslan seperti yang digembar-gemburkan itu.

“Tuanku Sultan Johor mungkin tidak perasaan ketika Tok Mad (Ahmad Maslan) hulurkan tangan, kerana Baginda sedang sibuk beramah mesra dengan rakyat yang hadir.

“Sepanjang pengetahuan saya, hubungan Tuanku Sultan dengan Tok Mad sentiasa baik tanpa sebaranag masalah” uajrnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Nazari turut menjelaskan insiden tersebut berlaku ketika Sultan Johor dan Permaisuri, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh bersama rakyat baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung tepat pukul 3 petang di Pontian itu diadakan bersempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor yang diadakan pada 23 Mac lalu.

Berangkat sama ke majlis itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che’ Puan Khaleeda Bustamam serta anakanda-anakanda lain.

Keberangkatan Sultan dan Permaisuri Johor itu disambut hampir 10,000 rakyat pelbagai kaum yang teruja menyambut baginda berdua biarpun dalam keadaan cuaca panas terik.

Dalam majlis itu juga, Sultan Ibrahim turut meluangkan masa untuk beramah mesra dan bersalaman dengan rakyat jelata yang hadir.

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.