Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Tuesday, 14 April 2015

Unknown

Pesawat MAS hampir bertembung dengan pesawat Kuwait Airlines


Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dilaporkan nyaris bertembung dengan pesawat Kuwait Airlines (KUNA) di ruang udara Pakistan pada Isnin.


Pesawat MAS hampir bertembung dengan pesawat Kuwait Airlines
Pesawat MAS hampir bertembung dengan pesawat Kuwait Airlines di ruang udara Pakistan
Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dilaporkan nyaris bertembung dengan pesawat Kuwait Airlines (KUNA) di ruang udara Pakistan semalam (Isnin).

Agensi berita Arab Saudi melaporkan, kejadian itu berlaku ketika pesawat MAS itu dalam perjalanan menuju ke London manakala pesawat Kuwait Airlines dalam perjalanan ke Islamabad.

Pihak berkuasa Penerbangan Awam Pakistan dilaporkan berkata, insiden itu berlaku di wilayah Zhob di barat daya Pakistan yang berpunca daripada isyarat kawalan trafik udara yang lemah.

Setakat, kedua-dua syarikat penerbangan itu belum membuat sebarang kenyataan media berhubung insiden itu.

Kejadian sama hampir berlaku pada minggu lepas apabila dua pesawat yang berpangkalan di UAE dilaporkan syaris bertembung di Lautan India ketika di bawah pengawasan menara trafik udara Mumbai.

Pesawat Emirates dan Etihad Airways dilaporkan terbang terlalu dekat ketika menuju ke Kepulauan Seychelles menggunakan laluan baharu bagi mengelak ruang udara Yaman yang sedang bergolak. FMT

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.