Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Tuesday, 28 April 2015

norliyana suhaimi

BENDERA LAMA NEGERI KELANTAN MERUPAKAN LAMBANG SEEKOR ANJING



Bendera Lama Negeri Kelantan Sebelum Ditukar Kepada Bendera Sekarang. Mungkin ramai anak muda Kelantan sudah tidak kenal simbol ini. Namun jika ditanya pada pakar sejarah Kelantan dan orang-orang tua Kelantan mereka mungkin akan kenal. Menurut orang-orang tua ini merupakan simbol panji, bendera atau wilayah lama bagi negeri Kelantan. Ya ianya simbol seekor anjing. Namun bukan sebarang anjing. Anjing ini bernama Kitmir atau Khatmir. Ianya merupakan anjing yang menemani pemuda-pemuda dalam peristiwa Ashabul Khafi. Bendera ini digunakan dari tahun 1912 hingga 1923. Sumber: SSTDMM FB Bendera Kelantan yang berlatar belakang warna merah membawa maksud kejujuran raja, pembesar dan rakyat jelata manakala warna putih pula menandakan kesucian Sultan negeri Kelantan. Anak bulan dan bintang menandakan agama Islam sebagai agama rasmi negeri. Mahkota pula menandakan kedaulatan Sultan yang memerintah negeri manakala dua batang tombak dan dua bilah keris menandakan kekuatan dan kegagahan orang-orang Melayu negeri Kelantan.
Bendera Lama Negeri Kelantan

Bendera Kelantan yang berlatar belakang warna merah membawa maksud kejujuran raja, pembesar dan rakyat jelata manakala warna putih pula menandakan kesucian Sultan negeri Kelantan. Anak bulan dan bintang menandakan agama Islam sebagai agama rasmi negeri. Mahkota pula menandakan kedaulatan Sultan yang memerintah negeri manakala dua batang tombak dan dua bilah keris menandakan kekuatan dan kegagahan orang-orang Melayu negeri Kelantan.

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.