Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Wednesday, 29 October 2014

norliyana suhaimi

Tentera Malaysia Hero Sebenar Dalam Black Hawk Down


Anda pernah menonton filem Black Hawk Down? Kisah Peperanganan Saudara di Mogadishu, Somalia di mana PBB menghantar beberapa pasukan pengaman termasuk Tentera Malaysia untuk menyelesaikan kemelut di negara Afrika tersebut.


Kemuncak cerita dalam filem itu bermula apabila sebuah heli tentera AS 'Black Hawk" ditembak dan terhempas ditengah-tengah kawasan yang dikuasai oleh pemberontak Somalia.



Sepasukan tentera AS dikerah untuk operasi menyelamat krew heli yang cedera. Tetapi sebenarnya pasukan penyelamat mereka gagal untuk menyelamat krew heli tersebut malah mereka sendiri terkepung dan teruk di serang oleh pemberontak Somalia.

Ramai tentera AS yang cedera parah dan terbunuh dalam operasi menyelamat tersebut. PBB mengarahkan tentera Malaysia dan Pakistan untuk menyelamatkan tentera AS yang terperangkap

Setelah 20 tahun peristiwa berlaku, barulah ucapan terima kasih dibuat kepada Angkatan Tentera Malaysia. Ikuti berita di bawah ini:

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menerima sijil Pengiktirafan Full Training Capability Pusat Pengaman Malaysia daripada Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly.
Amerika Syarikat (AS) akhirnya menyatakan penghargaan terhadap pengorbanan dan sumbangan tentera pengaman Malaysia yang terbabit dalam misi menyelamatkan anggota tentera kuasa besar dunia itu di Mogadishu, Somalia pada 3 Okt 1993.

Penghargaan dan ucapan terima kasih itu diutarakan oleh Pemangku Penolong Setiausaha Negara bagi Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly hari ini setelah lebih 20 tahun kejadian itu berlaku.

Katanya, tentera pengaman Malaysia yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Somalia ketika itu telah membuktikan keberanian dan kehebatan mereka dalam menjalankan tugas.

"Dalam operasi keamanan global, kami sentiasa mengagumi peranan pasukan pengaman Malaysia, dan kami juga mendapat manfaat daripada keberanian dan keperwiraan anggota pasukan pengaman Malaysia.

"Dan seorang anggota pengaman Malaysia terkorban dalam usaha menyelamatkan tentera Amerika di Mogadishu, 20 tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan pengiktirafan 'Full Training Capability' dan pelancaran pelan induk Pusat Latihan Pengaman Malaysia, di sini Jumaat.

Turut hadir Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Dalam kejadian 20 tahun lalu, sekumpulan askar AS terperangkap di kawasan musuh iaitu tentera militan Somalia selepas dua helikopter Black Hawk mereka ditembak jatuh di bandar Mogadishu.

Pasukan pengaman Malaysia bersama pasukan pengaman Pakistan dan AS yang menyertai operasi UNOSOM II di bawah PBB kemudian ditugaskan menyelamatkan kumpulan askar terbabit.

Operasi menyelamat tersebut akhirnya berjaya bagaimanapun seorang tentera pengaman Malaysia terbunuh sementara lapan lagi mengalami kecederaan.

Biar pun sudah 20 tahun berlalu, tiada penghargaan rasmi diberikan oleh pihak AS terhadap pasukan pengaman Malaysia yang telah menyelamatkan tentera mereka dan langsung 'dilupakan' dalam sebarang babak dalam filem 'Black Hawk Down' arahan pengarah Ridley Scott pada 2001 yang kononnya memaparkan kisah benar kejadian itu.

Kelly berkata, pasukan pengaman Malaysia kini sudah menerajui di peringkat rantau ini dan global dan dengan kewujudan Pusat Latihan Pengaman Malaysia, di sini membuktikan Malaysia mempunyai pasukan pengaman yang terbaik.

"Saya fikir semua rakyat Malaysia harus berbangga dengan apa yang telah dicapai pasukan pertahanan Malaysia," katanya.
sumber: awaniNews
p/s: Dalam filem Black Hawk Down tiada satu pun watak tentera Malaysia muncul. Tentera Pakistan hanya muncul sebagai pemberi minuman dan merawat tentera AS yang cedera di kem. Sudah tentu filem buatan AS ini tak nak memalukan pasukan tentera negara sendiri.. 

Tag: Mogadishu, Amerika Syarikat, tentera pengaman, PBB, Black Hawk Down

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.