Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Saturday, 28 March 2015

Unknown

Punca Sebenar Erma Fatima Hina Sultan Johor





Ketika seluruh rakyat Johor masih lagi bergembira meraikan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang diadakan awal minggu ini, timbul pula satu isu panas yang mengaitkan nama pengarah terkenal, Erma Fatima, 47.


Ramai yang sedia maklum, selain seorang yang tegas dan garang, Erma juga sangat terkenal dengan sifatnya yang lantang dan gemar berkias dalam menyampaikan sesuatu atau meluahkan pendapatnya terhadap sesuatu perkara.

Terbaharu, menerusi satu foto yang dimuat naik Erma di laman sosial Instagram miliknya mendapat kecaman hebat khususnya daripada rakyat negeri Johor yang mendakwa Erma cuba mempersenda dan mempersoal kedaulatan Sultan Johor.


Foto berserta kapsyen dengan ayat-ayat berkias itu memaparkan seekor singa memakai mahkota sambil duduk di atas kerusi berlatar belakangkan tirai berwarna biru dan warna itu menjadi persoalan peminat.


Foto dan kapsyen yang dimuatnaik Erma Fatima di Instagram yang mencetuskan kontroversi.Foto dan kapsyen yang dimuatnaik Erma Fatima di Instagram yang mencetuskan kontroversi.



Lantas, Erma didakwa seolah mempertikai golongan berkuasa yang mampu berbuat apa sahaja termasuklah mempersendakan bangsa sendiri.


Ramai pihak terutama dalam kalangan rakyat Johor meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pengarah filem Perempuan Melayu Terakhir itu dan menyifatkan wanita itu seolah menghina raja mereka.


Namun, Erma pantas menafikan dakwaan tersebut. Menerusi ruangan komen foto berkenaan Erma menegaskan dirinya cukup menghormati sultan kerana itu lambang kedaulatan bangsa.


Beliau juga mengaku bertanggungjawab atas apa yang ditulis olehnya tetapi bertegas tidak akan menurunkan gambar dan status terbabit.


..


..


Pelakon, Umie Aida juga mempertahankan tindakan kakaknya itu dan menganggap ia langsung tiada kena mengena dengan sultan.

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.