Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Wednesday 11 March 2015

Unknown

KERTAS TISU 'MH370' DITEMUI DI PANTAI AUSTRALIA


Sekumpulan pakar sedang menjalankan pemeriksaan ke atas kertas tisu yang ditemui di sebuah pantai Australia Barat yang dipercayai milik pesawat MH379 yang hilang pada 8 Mac 2014.

Kertas tisu yang kecil dan lembab itu telah dihantar ke Canberra untuk siasatan selepas ditemui oleh satu pasangan yang sedang bersiar-siar di pantai.

Lapor Nine News, pasangan itu menemui kertas tisu berkenaan dalam keadaan yang tidak terbuka yang disifatkan 'luar biasa'.

Pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang membawa lebih 200 orang penumpang itu dilaporkan hilang setahun yang lalu dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Difahamkan, kertas tisu itu ditemui pada Julai 2014. Dan penemuan kertas itu baru sahaja didedahkan minggu ini.

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.