Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Tuesday 16 September 2014

Unknown

Mengapa Jin Betina Mencintai Seseorang Lelaki





Pertama kalinya ditekankan bahawa penulis tidak pasti akan gangguan jin ini samada berkaitan dengan saka dan juga samada gangguan boleh bermula sejak seseorang lelaki itu dilahirkan ke dunia, atau selepas dilahirkan ataupun pada salah satu masa kehidupan lelaki tersebut iaitu samada semasa kanak-kanak, remaja ataupun dewasa. Penulis menulis adalah berdasarkan pemerhatian dan sedikit pengalaman yang pernah penulis dapatkan daripada mereka-mereka yang pernah mengalaminya.


  1. Jin biasanya adalah makhluk yang lebih banyak melakukan dosa berbanding manusia, walaupun sesetengahnya merupakan jin yang baik seperti jin Islam. Jin juga mempunyai sifat hampir sama seperti iblis dan syaitan iaitu dicipta daripada api.
  2. Seseorang lelaki yang banyak melakukan maksiat ataupun fasiq akan disukai oleh jin kerana sifat jin itu sendiri yang kebanyakannya suka melakukan dosa dan maksiat. Apabila seseorang lelaki gemar melakukan maksiat, maka sudah tentu dia akan menarik jin tersebut untuk berdamping dengannya. Oleh itu tidak hairanlah jika seseorang lelaki yang gemar menonton filem lucah akan menarik jin betina yang menyerupai wanita di dalam filem lucah tersebut untuk berdamping dengannya. Ini menyebabkan jodoh lelaki tersebut menjadi sukar kerana jin betina tersebut akan melakukan pelbagai cara agar jodoh lelaki tersebut sukar. Cepat merasa jemu terhadap pasangan, tiada persefahaman dan sebagainya adalah antara gangguan yang ditimbulkan oleh jin betina tersebut.
  3. Gangguan ini akan berterusan selagi mana ketagihan lelaki tersebut terhadap filem lucah tidak dibendung.

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.