Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Friday, 19 September 2014

norliyana suhaimi

MB baru Selangor angkat sumpah Selasa ini



Post Pic
SHAH ALAM:  Istana Selangor hari ini mengesahkan menteri besar baru negeri itu  akan mengangkat sumpah pada 10 pagi, Selasa depan di Istana Alam Shah, Klang.
 
Malah, menurut sumber istana itu lagi kad undangan untuk upacara itu dilapor sudah dihantar kepada pemimpin-pemimpin negeri, wakil rakyat dan orang-orang kenamaan.
 
Menurut sumber lagi, pilihan menteri besar baru itu akan didedahkan kemudian dan keputusan akhir telah dibuat.
 
Sumber juga enggan mendedahkan menteri besar baru itu daripada parti mana.
 
Istiadat itu akan diadakan di Balairong Seri istana dan tetamu undangan dikehendaki memakai pakaian kebangsaan dan bersongkok hitam.
 

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.