Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Tuesday 9 September 2014

Unknown

[INFO MALAYSIA] Lebai Ditahan kes liwat OKU di Kedah


JITRA – Seorang lelaki berperwatakan warak ditahan polis bagi membantu siasatan kes liwat seorang orang kurang upaya (OKU) dalam kejadian dipercayai berlaku di sebuah masjid di Tunjang, Jerlun, di sini, 4 September lalu.

Suspek yang berusia lewat 50-an itu ditahan di rumahnya selepas mangsa membuat laporan di Balai Polis Jitra, kira-kira jam 12.40 tengah hari, kelmarin.

Difahamkan, mangsa yang berusia 46 tahun diajak oleh suspek yang menjemputnya di rumah dengan menaiki motosikal kira-kira jam 11 pagi.

Menurut sumber, mangsa yang cacat penglihatan dan dijaga kakak iparnya sejak 20 tahun lalu itu kemudiannya dibawa ke sebuah masjid.

“Mangsa mengenali suspek sejak tiga bulan lalu ketika solat di masjid tersebut. Sebaik tiba di masjid, mangsa diberi makan terlebih dahulu sebelum suspek mengunci pintu masjid selepas mendapati tiada orang lain di situ.

“Selepas meliwat mangsa, suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurut beliau, mangsa mengadu kepada kakak iparnya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Jitra tengah hari kelmarin sebelum dibawa ke Hospital Jitra untuk pemeriksaan lanjut.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis menyerbu rumah suspek dan menahannya pada hari yang sama. Suspek kini direman selama lima hari mulai semalam untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika didapati bersalah,” katanya. 

Sumber www.siakapkeli.com

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.