Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Saturday, 8 February 2014

Unknown

[ Misteri ] Ribuan Bebola Ungu Muncul Di Padang Pasir (Video)


 
Misteri! Ribuan Bebola Ungu Muncul Di Padang Pasir (Video) | Seperti yang kita tahu, padang pasir merupakan salah sebuah kawasan yang mempunyai cuaca yang agak panas. Berikutan itu, sumber air sudah tentu kebarangkaliannya sukar untuk didapati. Namun begitu, satu penemuan yang mengejutkan apabila seorang wanita menemui ribuan bebola ungu seperti cecair pepejal yang tiba-tiba muncul di padang pasir. Kemunculan ini dianggap pelik dan menimbulkan banyak persoalan. Boleh tonton video di atas.

                           

Penemuan sesuatu yang aneh dari dunia kita mungkin sering menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan saintis dan masyarakat dengan menganggapnya berkaitan dengan kemunculan makhluk asing..Terbaru, sejenis bebola berunsur jeli berwarna ungu telah ditemui di Gurun Arizona dan apakah ia dikaitkan dengan unsur paranormal dan makhluk asing? Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..

Penduduk tempatan di daerah Tuscon bingung dengan kemunculan ribuan bebola kecil berwarna ungu yang muncul di tengah-tengah padang pasir Arizona.

                        

                        

Geradine Vargas dan suaminya dikatakan telah menemui benda aneh itu pada Ahad lalu ketika sedang bersiar-siar.

“Kami telah mengambil gambar di sekitar kawasan dan kami hanya..Maksud saya, bagaimana awak boleh terlepas yang ini?” kata Geradine. “Ia seperti berkilauan di bawah cahaya matahari”.

“Ia merupakan perkara yang tidak pernah dilihat oleh awak sebelum ini”. Sesetengah bebola tersebut kelihatan berair dan ada diantaranya pula kelihatan lutsinar.

“Kami telah mengirimkan email kepada seorang kawan yang juga seorang pakar zoologi, tetapi dia juga tidak tahu apakah benda itu” ujar Geradine kepada seorang pemberita KGUN-9. “Maksud saya, dia sendiri tidak dapat mengenal pasti asal-usul benda tersebut“

Pihak pemberita memeriksa bebola aneh berkenaan dan melaporkan bahawa ia kelihatan seperti ‘guli yang melekit dan mengeluarkan air apabila dipicit’.

Darlene Buhrow, pengarah pemasaran untuk Tuscon Botanical Gardens berkata bahawa selepas bercakap dengan pihak yang juga ahli botani berpengalaman, jika bebola tersebut merupakan suatu yang semulajadi, ia boleh jadi terdiri daripada sejenis kulat.

Ada yang mengandaikan bahawa bebola tersebut merupakan salah satu produk daripada Deco Beads yang direka dan kelihatan seperti bebola kecil berisi air yang berfungsi bagi mengelakkan tumbuhan daripada terhidrat akibat kekurangan air. Walaubagaimanapun, ia sedikit pun tidak dapat menjelaskan kenapa ia diletakkan dalam kuantiti yang banyak di padang pasir.

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.