PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN
Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel
Writter : MistisFiles Editor/Photo : MacJay.Net
[Kali terakhir disunting pada 30/4/2011]
Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang
tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh
dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa
kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa
mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun
bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan
tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa
lain. Perkataan itu adalah : mata, batu dan air.
Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai
sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini
terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga
dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan
ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan
peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu
binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri.
Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah :
tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.
Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah
menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar
laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak
melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah
Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah
banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau
tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.
Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi.
MISTERI GEN BANGSA MELAYU
Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis
Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang
prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki
ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa
misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik
ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar
menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir
prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan
kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di
Eropah.
Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun
dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang
menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat
luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd.
Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca
suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja
Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins
Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh
hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.
Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah
Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji
kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan
lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula
menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci
kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih
beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk
cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan
sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan
lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka
'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan
anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes
lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan?
Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.
Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan
menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The
Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab
Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi,
terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The
Mummy dan piramid yang menakjubkan!
Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya
sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana
orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di
utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling
misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu
cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah
di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain.
Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk
membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan
hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan
sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama.
MELAYU - THE LOST TRIBE
Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung
Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese'
yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba
menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah
manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina
negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di
Timur Jauh yang dinamakan Ophir.
Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding
kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah
untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di
sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang
silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid,
bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar
monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu
tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport
emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi,
gendang dan seramik purba
.
'The Lost Tribe' adalah Bangsa Gunung
(Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke
satu destinasi yang tidak diketahui. Illuminati ingin benar mengenali
bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan
manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang. Juga Bumi
Mala. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah
ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua
keputusan DNA adalah negatif. Prof Ralph Olssen kemudiannya mengkaji
secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu
manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah,
ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu.
Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng
menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung
(termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu
dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, yakni anak kepada Nabi
Yusuf a.s. Nabi Yusuf mempunyai dua orang anak sahaja, iaitu Manasseh
dan Ephraim).
Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala
mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan
bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli
Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun
sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini)
Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina,
Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.
Scythia merupakan sebuah bangsa nomad
berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan
bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu
dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar
tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal
daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang
anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat
ini).
'The Lost Tribe' telah bergerak ke
'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah
mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir
Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi
campuran dari kaum Satanic-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih
terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi
Ibrahim dan Nabi Yusof, ajaran wahyu dari kitab Taurat. Pada istilah
hari ini, mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod
Illuminati dan Zionis.
Imbauan : Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa
hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal
dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri
yang berada dalam naungan mereka :-
ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,
Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu
dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang
sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga
dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung
ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya
armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG".
Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod
sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib
museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan
sang penyelamat.
Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran Hi
Malaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.
Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar
menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim
dengan bangsa ini. Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah
sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat.
Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai
bangsa Melayu dibumi Mala ini.
Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu
kota yang merentasi dari :
- UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting)
- TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor)
- TIMUR (funan, okinawa, sulu,)
- SELATAN (sumatera, riau, jawa)
Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir
sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya
disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua
teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor
dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung
ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah
anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan
pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke
Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat
dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak
Melayu.
Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan
bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan
seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang
berbunyi :
"Dia muncul dari negeri yang
terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan
pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."
-Nostradamus
Dibawah ini saya sertakan sebuah video dokumentari penemuan piramid misteri di Yonaguni, Jepun :
Dibawah ini pula adalah beberapa buah gambar yang telah berjaya
dirakamkan oleh Gary Hagland (underwater photographer), Tom Holden
(videographer) dan "C" Hagland (underwater videographer) :
MELAYU DAN YAHUDI
Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang
satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam
Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :
1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin
Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja
yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan
dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab
Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI,
iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam
kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh
(anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat
(Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian,
terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.
Percaya atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai
bangsa yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai
berasal dari keturunan sebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan
generasi Manasseh. [klik
di sini]
Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk
mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam
Bangsa Mala (rujuk www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka
lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost
tribe disebelah South East Asia region.
Wallahualam...
PERHATIAN : Video di atas hanya fakta
sokongan pada hujah-hujah yang dikemukakan. Sepertimana yang kita ketahui (
disebutkan di atas ; baris 15-17) masih terdapat beberapa penemuan yang dirahsiakan oleh pengkaji. Harap Maklum.
Note: only a member of this blog may post a comment.