Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Saturday, 8 February 2014

Unknown

[ KESIHATAN ] Bahaya!!.. Bersukan Waktu Malam Mengundang Maut

Bahaya! Bersukan Waktu Malam Mengundang Maut? | Sukan futsal antara sukan yang boleh dianggap popular pada masa kini. Pusat permainan sukan futsal ini juga tumbuh bagai cendawan, dan sangat mudah untuk mencari di setiap kawasan. Tidak kira futsal, badminton atau yang sewaktunya turut menjadi pilihan. Namun jika diperhatikan ramai golongan muda menghabiskan masa bersukan pada waktu malam selepas tamatnya syif kerja. Persoalannya, mengapakah ia dianggap bahaya?
 
futsal-court-batu-maung-penang 

KUALA LUMPUR – Awas bagi mereka yang gemar bersukan pada waktu malam kerana tanpa disedari anda mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung. Aktiviti bersukan seperti bermain futsal, badminton dan beriadah di gimnasium di waktu malam yang kini menjadi gaya hidup warga kota akibat kekangan masa bekerja sebenarnya boleh menjadi ‘pembunuh senyap’. Difahamkan, aktiviti tersebut yang banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.
km_bahaya_sukan_malam1 



Menurut pakar perunding perubatan terkenal, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad (gambar kecil), secara purata seseorang menghabiskan lapan jam bekerja sehari dan memerlukan waktu rehat. Katanya, aktiviti bersukan selepas bekerja terutama pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa bekerja keras dan banyak tenaga dikeluarkan. “Kita memaksa badan untuk bekerja keras dengan aktiviti sukan yang berat dan boleh mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik sekali gus boleh menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung. “Bukan tidak boleh bersukan waktu malam, tetapi biarlah sukan yang ringan serta tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti berenang dan berjoging,” katanya kepada Kosmo!.

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.