Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Thursday 25 February 2016

Unknown

Penyokong sambut kepulangan Muhyiddin laung 'Selamatkan Malaysia'






KUALA LUMPUR:
Penyokong Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut kepulangan beliau pada pukul 9:30 Selasa malam.

Muhyiddin sebelum ini dilaporkan bercuti di Australia
.


Semasa tiba di Balai Perlepasan , Aras 5, KLIA, Muhyiddin kelihatan tenang dan tersenyum.
Bagaimanapun, beliau enggan menjawab sebarang pertanyaan daripada pihak media selain daripada menjawab "good" ataupun "baik" apabila ditanya mengenai percutiannya dan ketibaannya di tanah air.

Sementara itu, lebih 100 penyokong Muhyiddin turut menyambut ketibaan beliau di Balai perlepasan.

Mereka turut melaungkan "Hidup Tan Sri" dan "Selamatkan Malaysia" apabila Muhyiddin tiba di kenderaannya di luar pintu KLIA.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila video ucapan beliau dalam satu mesyuarat tertutup bersama kepimpinan politik lain dalam satu kursus politik yang tersebar di internet.
Dalam video tersebut, beliau menyatakan pendiriannya supaya ahli lembaga pengarah One Malaysia Development Berhad (1MDB) harus dipecat.

Beliau kemudian ada mengulas, kenyataan yang dibuat beliau itu adalah pendapat peribadinya dan apa yang lebih utama adalah bagaimana isu 1MDB dapat diselesaikan dengan kadar segera.

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.