Amazing.. Lihat si Pak Belang dengan si Baboon bergelut.
Semuanya bermula apabila dua orang jurugambar memandu di utara Bostswana
Dalam perjalanan mereka terserempak dengan sekumpulan babun kira-kira 30 ekor yang sedang bertempiaran melarikan diri. Babun-babun itu dikejar oleh seekor singa bertina. Malangnya, singa itu berjaya mengigit seekor babun.
Dan apa yang berlaku berikutan tidak dijangka sama sekali oleh jurugambar-jurugambar tersebut.
Babun betina yang digigit telah mati, dan sewaktu singa itu mahu membawa pergi hasil buruan menggunakan rahangnya, seekor anak babun muncul dari badan babun itu. Rupanya ia masih bergatung pada badan ibunya
Anak babun itu cuba memanjat pokok, namu terlalu lemah. Singa betina mula mendekati si anak babun. Saat berikutnya, sepatutnya sesuatu yang agak mengerikan. Bukan?
Apa yang mengejutkan, singa betina hanya menunjukkan sedikit kecurigaan kepada anak babun yang ketakutan. Ia kemudiannya mula bermain dengan si anak babun.
Anak babun itu tercedera dan masih lemah selepas apa yang berlaku. Pada waktu ini jurugambar merasa ngeri kerana memikirkan yang anak babun itu mungkin akan menjadi hidangan tengahari.
Tetapi.... sebaliknya berlaku
Singa betina mendekati dan duduk di hadapan bayi babun. Dia menepuk lembut badan anak babun itu.
Anak babun tidak lama kemudian mula respon, dan memeluk dada singa betina.
Pada satu ketika, singa-singa lain mula mendekati mereka. Singa betina tadi mula agresif, seolah-olah cuba mempertahankan anak babun telah menghalau singa yang lain.
Sementara itu, di pokok berdekatan bapa babun memerhatikan kejadian itu. Menunggu masa yang sesuai untuk menyelamatkan anaknya.
Sebaik saja perhatikan singa-singa mula beralih, bapa babun menangkap anaknya dan menarik anak itu ke atas pokok.
Pengakhiran sempurna untuk sebuah cerita yang mendebarkan..bukan?
Note: only a member of this blog may post a comment.