Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Sunday, 2 August 2015

Unknown

SERPIHAN MH370 Di JUMPAI di PULAU LA REUNION


Susulan penemuan serpihan berukuran 2 meter yang dipercayai sayap kapal terbang, Malaysia telah menghantar satu pasukan ke Pulau La Reunion yang terletak di luar pantai timur Afrika untuk mengenal pasti sama ada serpihan yang ditemui di perairan itu mungkin milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang pada tahun lalu.

Sumber foto : mforum.cari.com.my

Serpihan itu ditemui ketika pembersihan pantai dan dilaporkan telah dibawa ke Perancis dan pasukan penyiasat telah mula melakukan kerja-kerja forensik.

Xavier Tytelman, pakar keselamatan udara berkata, ia mungkin serpihan milik MH370 yang hilang tanpa kesan pada 8 Mac tahun lalu.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing gagal dikesan sejak dilaporkan hilang pada Mac 2014.  

Selepas hampir setahun kehilangannya, Putrajaya mengisytiharkan pesawat MH370 telah berakhir di Lautan Hindi. - CARI Infonet.

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.