KUALA LUMPUR -
Orang Melayu tidak akan menjadi 'bangsat' jika orang yang berkata
demikian sebelum ini bertindak meninggalkan parti UMNO, sekali gus tidak
memerintah negara lagi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad.
"Saya ingat, kalau bangsat itu pergi, kita tak bangsatlah," katanya.
Tegas Tun
Mahathir, Najib tidak sepatutnya mengungkap kata-kata seperti itu.
Bangsa Melayu menjadi bangsat bukan kerana UMNO, tetapi kerana Najib
yang tidak mentadbir negara dengan betul.
"Ia bukan salah
UMNO, awak (Najib) yang salah. Jika awak pergi, segala-galanya akan
selesai," katanya disambut dengan tepukan gemuruh dari hadirin di
stadium tertutup Pasir Gudang semalam. - SUMBER DARI THEHYPEMEDIA.COM
Note: only a member of this blog may post a comment.