Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Friday, 28 November 2014

norliyana suhaimi

Amukan Pontianak Bila Kain Batik Hitamnya Dibakar


1

Amukan Pontianak Bila Kain Batik Hitamnya Di Bakar


Akhirnya Misteri kedengaran suara seolah-olah wanita dikatakan mengilai-ngilai pada sebelah malam di sebuah rumah terjawab apabila penghuninya menemui seorang pengamal perubatan tradisional.
Kejadian tersebut dipercayai berpunca apabila sehelai kain batik yang ditemui di perkarangan rumah sewa yang baru siap dibina pemiliknya di Kampung Batu 4 ½ itu dibakar.
Kakitangan awam, Aziz Othman berkata, selepas dia menemui pengamal perubatan tradisional berkenaan barulah dia dan isterinya dapat mengenalpasti punca sebenar kejadian lembaga bertenggek dan membuat bunyi seperti cakaran pada bumbung rumahnya.
Pengamal perubatan tersebut menjelaskan kemungkinan mereka ada mengganggu barangan milik penunggu itu.
“Semua ini berpunca dari kesalahan kami. Ketika mula-mula masuk ke rumah, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membersihkan rumah yang kami sewa itu terlebih dahulu kerana ia baru siap dibina.
“Ketika sedang membersihkan kawasan di persekitaran rumah, saya terjumpa kain batik hitam yang sudah lusuh di kaki lima rumah berhampiran pokok pisang dan membersihkan rumah dengan menggunakan kain itu sebelum menyidai kain tersebut di ampaian,” katanya.
“Apabila kain itu sudah kering, isteri saya mendapati kain itu sudah buruk lalu membakarnya.
“Sejak kain batik itu di bakar, suara mengilai dan jelmaan pontianak itu mula mengganggu kami serumah,” tambahnya lagi.
Menurut Aziz, gangguan berkenaan kemungkinan makhluk halus yang digelar pontianak.
Makhluk halus tersebut mula mengganggu mereka selepas dua bulan mendiami rumah baru sewa itu selepas rumah lama mereka musnah akibat ribut.
Pada masa-masa tertentu, ia akan menyerupai penduduk kampung dan berjalan bersendirian terutamanya sebelah malam.
Dua bulan pertama tinggal di rumah itu amatlah memeritkan Aziz kerana diganggu lembaga itu yang juga pernah menjelma seolah-olah perempuan berambut panjang dan matanya seperti bernyala kemerahan.
Selepas diberitahu punca sebenarnya kejadian oleh pengamal perubatan tradisional itu, mereka terus berikhtiar menyelesaikan masalah gangguan itu.
Untuk mengatasi masalah itu, pengamal perubatan tradisional itu menyarankan mereka mencari kain batik yang seakan-akan sama pernah dibakar isterinya sebelum ini.
“Kami berjumpa semula pengamal perubatan tradisional itu dan dia mengarahkan kami mengelilingi rumah beberapa kali pada waktu sama.
“Keadaan mula menjadi agak kronik apabila lembaga tersebut mengganggu saya semula minggu lalu sebelum dan meletakkan kain berkenaan di atas bumbung garaj kereta,” ujarnya lagi.
Sepanjang mendapatkan rawatan berkenaan, hanya kepada ALLAH kami berserah dan meminta menjauhkan segala perkara buruk dan gangguan syaitan terhadap rumah yang kami sewa ini.
“Alhamdulillah, kain itu kemudiannya saya letakkan di atas bumbung rumah dan membiarkan ia reput dan gangguan suara perempuan meminta tolong serta bunyi cakaran pontianak di atas bumbung rumah tidak lagi kedengaran,” katanya.
Lembaga tersebut masih berkeliaran di kawasan hutan berhampiran dengan jalan besar Sungai Ular bagaimanapun tidak mengganggu penduduk kampung.
“Pernah dikatakan empat penduduk kampung terserempak lembaga itu berjalan sendirian di tepi jalan bagaimanapun terbang setelah ditegur penduduk kampung,” katanya.
Sebelum ini ada pemberita melaporkan Aziz pernah terserempak lembaga berkenaan berada di atas bumbung rumahnya ketika menyimpan motosikal kuasa tingginya selepas curiga terdengar suara wanita mengilai kuat di hadapan rumah.

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.