Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Saturday, 8 November 2014

norliyana suhaimi

GILER!!!!!..Remaja liwat kambing kali kedua


BACHOK: "Budak itu terbaring keletihan tanpa memakai baju berhampiran kambing saya," kata Gayah Kasim, 36, pemilik seekor biri-biri yang menjadi mangsa perbuatan seks luar tabii seorang remaja di Kampung Pengkalan Chegal, Tawang, dekat sini, malam kelmarin.

Menurutnya, kejadian itu disedarinya selepas memeriksa kandang haiwan peliharaannya kira-kira 10 meter dari rumahnya apabila mendengar bunyi bising dan pelik dari kawasan terbabit. Katanya, budak itu bagaimanapun melarikan diri selepas dia menyergahnya dan menjerit meminta pertolongan.

"Ini sudah kali kedua budak itu `panjat' kambing saya dan kali pertama berlaku kira-kira 10 hari lalu.

"Ketika itu, saya sendiri dapat lihat dari tingkap rumah budak itu di atas kambing sambil keempat-keempat kaki haiwan itu menghala ke atas," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Menurutnya, dia melaporkan kejadian itu kepada polis kerana bimbang selepas ini budak sekolah atau gadis kampung pula akan menjadi mangsanya.

Dalam kejadian itu, seorang remaja berusia 15 tahun yang sudah tidak bersekolah disyaki melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor biri-biri kira-kira jam 7 malam di kampung berkenaan.

Berikutan itu, pemilik biri-biri berkenaan membuat laporan di Balai Polis Tawang, dekat sini, sejurus selepas kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Nazley Mohd Said, berkata siasatan awal mendapati remaja yang didakwa melakukanperbuatan terbabit adalah jiran sekampung pemilik biri-biri berkenaan.

sumber:harian metro

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.