Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Saturday, 17 May 2014

Melly Danish

Tolak 10 Tawaran, Nazim Othman Tak Minat Berlakon Filem Tempatan



PETALING JAYA: Bunyinya macam berlagak tetapi jujurnya pelakon Nazim Othman menjelaskan sikap terlalu memilih dan cerewet membuatkan dia kurang berminat untuk menerima tawaran bagi membintangi karya filem tempatan. 
Nazim, 30, berkata, dia telah menolak lebih 10 buah tawaran filem sejak tiga tahun lalu berikutan watak yang ditawarkan tidak begitu mencabar selain peranan berkenaan sudah biasa dibawanya dalam drama.
"Semua pelakon bercita-cita untuk berlakon filem termasuk saya juga, namun disebabkan sikap cerewet, membuatkan saya sering menolak tawaran yang datang. Boleh dikira lebih 10 filem saya tolak.
"Saya mempunyai perspektif yang berbeza tentang dunia filem. Bagi saya jika mereka tawarkan watak yang sama sahaja dan pernah saya bawa dalam drama, lebih baik saya berlakon drama sahaja," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, kelembapan industri perfileman tempatan ketika ini turut membuatkan dia kurang berminat untuk mencuba nasib di layar lebar itu.
Bagaimanapun jelas Nazim, dia tidak akan menolak untuk berlakon filem suatu hari nanti jika menerima tawaran yang menepati cita rasanya.
Sementara itu dalam perkembangan lain, dia akan keluar dengan single pertama berjudul Destinasi  tidak lama lagi.
Kata Nazim, ia adalah sebagai pertaruhannya untuk mencuba nasib dalam bidang nyanyian.
"Saya rakam lagu ini dah lama cuma tiada masa untuk lancarkan sahaja. Ia sebuah lagu rancak yang akan menunjukkan sisi lain saya kepada peminat.
"Saya keluar duit sendiri untuk buat lagu dan klip video ini selain mahu mencuba nasib dalam bidang nyanyian," katanya.
Sumber: mStar

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.