Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Monday 12 May 2014

Unknown

Rozita Che Wan Maki Hamun Peminat Di Instagram

Pasangan suami isteri yang sering kali dipertikaikan oleh segelintir peminat menerusi laman sosial Instagram baru-baru ini, Rozita Che Wan dan Zain Saidin sekali lagi mencetuskan kontroversi.

Terbaru, Rozita Che Wan telah berkongsi beberapa keping gambar foto menampakkan dengan jelas warna rambut Zain yang perang hingga mengundang kritikan peminat semalam.

Menerusi komen yang ditulis, ramai yang mengatakan warna tersebut tidak sesuai dengan Zain dan sebagai isteri, Che Ta bertindak mempertahankan suami kesayangannya itu.



Che Ta juga menjelaskan Zain menukar warna rambutnya kerana perlu mengikut karakter Mr. Henry Middleton di dalam drama Oh My English! yang dilakonkannya.

Lain kali jgn sedap mulut nk komen ja… bkn utk awak sorang je tp ramai lagi yg mulut tk tau nak diam! Pelakon kna ikut character! Laki I shuting Oh My English sampai awal thn dpn… so rambut dia akan blonde sampai thn dpn!!!!! Tk payah nk bising lg kt insta ni pasai rambut zain! #tkpayahnksibuklarambutorgcolourapejgrambutsendiritu

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.