Tragedi 13 Mei, 43 tahun lalu...
Setelah 43 tahun tragedi ini berlalu, tetapi ianya masih segar di dalam memori kepada mereka yang terlibat. Adakah kita yang berada di dalam generasi Y mengambil iktibar daripada apa yang berlaku?
Apakah Peristiwa 13 Mei?
Tragedi 13 Mei dirujuk sebagai peristiwa berdarah yang pernah berlaku pada tanggal 13 Mei 1969. Ianya merupakan titik hitam sejarah perkauman di Malaysia dimana rusuhan yang berlaku diantara kaum Melayu dan juga kaum Cina. Tragedi berdarah ini telah mengakibatkan pertumpahan darah dan juga kemusnahan harta benda. Tragedi ini juga memberi impak yang mendalam kepada masyarakat yang majmuk di bumi Malaysia.
Persengketaan antara kaum Melayu dan kaum Cina ini dikatakan sudah bermula sejak negara mencapai kemerdekaan lagi. Hal ini kerana masalah ketidakpuasan hati masyarakat bukan bumiputera yang tidak bersetuju dengan hak keistimewaan Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Hal ini semakin memuncak ketika kempen pilihanraya pada tahun 1969 berlangsung, apabila parti politik kaum Cina menyentuh isu-isu yang menyentuh sensitiviti terhadap hak-hak keistimewaan Melayu dan mencetuskan kontroversi dengan mencabar Artikel 153 yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.
Di Pulau Pinang, Allahyarham Kassim Omar yang merupakan seorang petugas pilihanraya dan juga ahli UMNO telah dibunuh dengan kejamnya pada 24 April 1969. Mayat Allahyarham disimbah cat merah dan diconteng dengan ayat, “Jangan Mengundi Dalam Pilihanraya”. Insiden tersebut didalangi oleh ahli Parti Buruh yang memboikot pilihanraya pada tahun tersebut. Pada 4 Mei 1969, seorang pemuda Cina bernama Lim Soo Seng terbunuh setelah berlaku insiden pergaduhan membabitkan pihak polis. Sebelum kejadian, pihak polis yang sedang membuat rondaan terserempak dengan sekumpulan pemuda Cina yang bertindak menconteng jalan menggunakan cat merah. Kumpulan tersebut yang pada mulanya mengeluarkan kata-kata kesat bertindak ganas dengan membaling kayu api dan objek tajam ke arah polis tersebut. Pihak polis yang ingin mempertahankan diri setelah berlaku pergaduhan telah melepaskan tembakan dan mengenai Lim Soo Seng. Berikutan dari insiden terbabit, parti-parti pembangkang tidak melepaskan kesempatan yang ada untuk meraih simpati pengundi. Mereka mendesak pihak polis agar satu perarakan mayat mendiang diadakan pada 10 Mei 1969. Atas sebab-sebab keselamatan, pihak polis memberi kebenaran untuk membuat perarakan pada 9 Mei 1969 dengan syarat ianya dihadiri oleh 1000 orang dan mengikut laluan yang ditetapkan sahaja. Namun begitu, campur tangan dari pihak lain menyebabkan perarakan kematian tersebut bertukar kepada perarakan politik. Ianya disertai oleh kira-kira 10,000 orang sambil menghina kerajaan dan memuji Mao Tze Tung pemimpin Parti Komunis.
Ketegangan semakin ketara ketika keputusan pilihanraya diumumkan pada tanggal 10 Mei 1969 apabila Parti Perikatan yang disertai oleh Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC) menang 66 buah kerusi di Dewan Rakyat, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi manakala Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menang 12 buah kerusi. Di dalam pilihanraya tersebut, parti pembangkang telah merampas 23 buah kerusi daripada Parti Perikatan dan dianggap sebagai satu kejayaan yang besar oleh mereka.
Di Selangor, Dr. Tan Chee Khoon yang memperolehi kemenangan besar telah memohon kebenaran dari pihak berkuasa untuk mengadakan satu perarakan di atas kemenangannya pada tanggal 12 Mei 1969. Perarakan yang menghala ke Jalan Campbell dan Jalan Hale menyebabkan kesesakan lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan seterusnya melencong dari laluan yang ditetapkan dengan menghala ke Kampung Baru yang diduduki kira-kira 30,000 orang Melayu dan juga terletaknya kediaman Menteri Besar Selangor ketika itu, iaitu Dato’ Haron Idris. Perarakan tersebut bertukar menjadi rusuhan apabila sebahagian daripada mereka menaiki lori yang diikatkan dengan penyapu sambil mengeluarkan kata-kata menghina dan juga meludah kaum Melayu. Tindakan mereka membawa penyapu dikatakan sebagai lambang mereka menyapu bersih kerusi yang bertanding. Namun, bagi masyarakat Melayu ianya dianggap sesuatu yang negatif dan menghina seolah-olah menghalau masyarakat Melayu di situ.
Pada tanggal 13 Mei 1969 iaitu pada hari Selasa, Presiden Gerakan, Yeoh Tech Chye telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf diatas kebiadaban ahli-ahlinya semasa perarakan berlangsung. Dalam masa yang sama, kediaman Menteri Besar Selangor dibanjiri oleh kaum Melayu yang ingin mengadakan perarakan balas terhadap kebiadaban ahli Parti Gerakan. Dato’ Haron Idris mengumumkan untuk mengadakan perarakan balas pada pukul 7:30 malam hari tersebut. Kira-kira pada pukul 3 petang, satu pembunuhan ngeri telah berlaku di Setapak, Kuala Lumpur tidak jauh dari kediaman Menteri Besar Selangor. Pembunuhan yang melibatkan kaum Melayu tersebut telah menggugat kesabaran terhadap kebiadaban kaum Cina. Pada jam yang berikutnya kira-kira pukul 4 petang, dua orang dari kaum Cina yang menunggang motorsikal dibunuh dan dipancung. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila kumpulan kongsi gelap Cina dan juga serpihan ahli komunis bertindak ganas. Mereka membawa pelbagai senjata tajam dan membunuh sesiapa sahaja kaum Melayu yang dijumpai.
Di Jalan Tunku Abdul Rahman, pemuda-pemuda Cina bertindak mengepung Panggung Odeon iaitu sebuah pawagam. Ayat berbahasa Cina yang ditayangkan beberapa kali pada layar skrin menyeru supaya penonton dari kaum Cina beredar keluar meninggalkan pawagam terbabit. Setelah semua dari kalangan mereka keluar, pemuda-pemuda Cina terbabit menyerbu dan membunuh kesemua kaum melayu yang berada di dalam pawagam tersebut. Perkara yang sama berlaku di Pawagam Federal yang terletak di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Keadaan yang tidak terkawal menyebabkan banyak kenderaan dan juga bangunan musnah dibakar. Rejimen Renjer (kini dikenali sebagai Pasukan Simpanan Persekutuan, FRU) dikerahkan untuk mengawal keadaan di Kampung Baru. Keadaan huru-hara yang berlaku di Kuala Lumpur menyebabkan perintah darurat dikeluarkan oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dengan perintah tersebut, kerajaan parlimen dibubarkan sekaligus menggantung Perlembagaan Persekutuan dan pemerintahan dilakukan secara terus oleh Yang Dipertuan Agong di bawah undang-undang tentera. Pengisytiharan tersebut diwartakan dan berkuatkuasa pada 16 Mei 1969 di bawah Ordinan No.2 (Kuasa-kuasa perlu) Darurat 1969 – P.U.(A) 149.

Faktor-Faktor Tragedi 13 Mei 1969
· Sosio-ekonomi yang tidak seimbang.
Dasar pecah dan perintah yang diwujudkan oleh British ketika membawa masuk kaum India dan Cina adalah tidak relevan. Buruh India ditempatkan di ladang dan buruh Cina ditempatkan di kawasan lombong yang akhirnya dibangunkan menjadi bandar. Kaum Melayu menjadi petani dan menjalankan ekonomi sara diri. Pengasingan penempatan secara berkelompok membuatkan tiada aktiviti sosial antara kaum.
· Latar belakang pendidikan yang berbeza.
Pada zaman penjajahan British, sistem pendidikan terbahagi kepada empat iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris. Bagi sekolah Melayu, kurikulum yang ditekankan hanya kemahiran membaca, menulis, mengira. Bagi sekolah Cina dan India, kurikulum dari negara asal dibawa masuk dengan kemasukan buku teks dan juga guru dari negara asal. Untuk sekolah Inggeris, hanya golongan elit yang mampu sahaja belajar di situ.
· Campur tangan politik luar
Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan Malaysia ditubuhkan, isu perkauman mula dimainkan di dalam politik dimana parti-parti politik dari kaum Cina mempertikaikan perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu hak istimewa orang Melayu. Parti Tindakan Rakyat(PAP) lantang bersuara menyatakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dan mendakwa hak-hak kaum lain disisihkan. Isu tersebut menimbulkan sikap prejudis kaum lain terhadap kaum Melayu.
Implikasi Peristiwa 13 Mei 1969
· Rusuhan kaum tersebut berakhir dengan melibatkan 184 kematian, 356 orang cedera, 753 buah bangunan dibakar dan 211 buah kenderaan musnah.
· Persepsi dan Integrasi yang negatif antara kaum di Malysia.
· Perhubungan sosio-ekonomi diantara kaum terputus buat beberapa lama. Peniaga-peniaga yang terdiri dari kaum Cina dan India enggan berurusan dengan kaum Melayu.
· MAGERAN ditubuhkan dan berfungsi sebagai mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna dan mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara.
· MAGERAN telah membentuk prinsip Rukun Negara dan telah dibubarkan pada tahun 1971 setelah Parlimen dipulihkan.
· Pindaan terhadap beberapa akta perundangan dilakukan membabitkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan juga Pilihan Raya Majlis Tempatan 1966. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ditubuhkan pada tahun 1960 juga dipinda bertujuan menyekat penyebaran fitnah yang menyentuh sentimen perkauman.
· Dasar Ekonomi Baru dibentangkan pada 12 Julai 1971 untuk membasmi kemiskinan dengan menambahkan peluang pendapatan dan juga pekerjaan tanpa mengira kaum. Ianya bertujuan untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Cadangan Mengelakkan Peristiwa 13 Mei Berulang
Dengan apa yang telah kita lihat kini, banyak program-program yang telah dianjurkan oleh kerajaan menganai integrasi nasional di peringkat kebangsaan. Salah satu program yang memberi kesan ialah Program Latihan Khidmat Negara yang bukan sahaja menekankan kekuatan fizikal, tetapi menekankan perpaduan dan budaya masyarakat lain. Pelancaran Gagasan 1 Malaysia juga memberi kesan yang positif terhadap perpaduan kaum di Malaysia. Intipati daripada Gagasan 1 Malaysia ialah bersatu tanpa mengira kepelbagaian bangsa, etnik dan juga budaya dan semua pihak bertanggungjawab untuk menjayakannya.
Secara peribadi, saya mencadangkan agar sejarah tragedi 13 Mei 1969 perlu diserapkan di dalam kurikulum sekolah dan juga universiti. Fakta sebenar perlu didedahkan agar masyarakat tidak terpedaya dengan fakta yang telah diputarbelitkan oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab di internet. Semua lapisan masyarakat perlu tahu akan peristiwa ini agar ianya memberi pengajaran sekaligus mengelakkan sejarah tersebut berulang.
Rujukan: “KONFRONTASI INDONESIA MALAYSIA”, Nik Anuar Nik Mahmud, Penerbit UKM,2000
ISBN 967-942-453-7
Note: only a member of this blog may post a comment.