RM49j rebat Touch ‘n Go tidak dituntut
RM49j rebat Touch ‘n Go tidak dituntut
2 hari lepas, kami dikejutkan dengan satu artikel dan kaji selidik oleh SinarHarian yang mengatakan sebanyak RM49 Juta Touch N Go tidak dituntut oleh pengguna, dan tidak ramai yang tahu mengenainya, termasuklah kami. Menurut mereka lagi, ada 100,000 pengguna yang pernah membuat tuntutan tetapi hanya 70,000 yang membuat tuntutan secara konsisten. Kiraan itu berdasarkan rebat 20 peratus bagi pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang merangkumi semua laluan lebuh raya di seluruh Semenanjung. Tawaran itu sebenarnya sudah ada sejak 1 September 2009 lagi!
Mengapa tidak ramai yang tahu? Bagi kami, mungkin punca besarnya ialah kurangnya promosi iklan, tidak disiarkan di mana-mana media secara berterusan. Malangnya, rebat ini hanya sah selama 6 bulan, jika tidak, ianya akan hilang begitu sahaja. Rugi kalau tidak ambil!
Bagaimana rebat dikira?
Setelah melayari website Privilege Touch ‘N Go, kami dapati maklumat terpenting yang perlu kita ketahui ialah bagaimana rebate ini dikira, dan berapa banyak yang kita boleh terima. Sila lihat gambar rajah untuk pemahaman lanjut. 20% rebat diberikan kepada pengguna jika pengguna membuat 80 transaksi di tol serata Semenanjung Malaysia dalam satu bulan, dan jumlah rebat diberikan berdasarkan jumlah keseluruhan penggunaan Touch N Go. Ini berita baik kepada para pengguna tol tegar seluruh negara. Ingat ya, perkiraan di sini, jumlah transaksi adalah lebih penting daripada jumlah penggunaan.

Bagaiamana untuk memeriksa jika anda ada rebat atau tidak?
Terdapat 2 cara untuk memeriksa jumlah rebat anda, iaitu dengan memeriksanya di mana-mana stesen minyak yang ada kaunter Touch ‘N Go, ataupun hanya daftarkan kad Touch ‘N Go anda di laman web ini. Pendaftaran kad hanya akan memakan masa 5 minit. Anda hanya memerlukan No Siri Kad Touch ‘N Go anda, dan No Kad Pengenalan. Selepas mendaftar, paparan utama setelah login dapat memberitahu anda berapa jumlah rebat yang belum ditebus dan berapa rebat yang sudah ditebus. Mudah sahaja bukan?

Mudah sahaja. Setelah mengetahui baki rebat yang boleh anda terima (melalui laman web di atas atau kaunter TnG), anda hanya perlu menghulurkan kad Touch ‘N Go anda kepada jurukaunter mana-mana stensen minyak yang terdapat kaunter Touch N Go. Katakan anda mahu tebus rebat, dan jumlah itu akan terus dikreditkan ke kad anda! Hari ini cuti, apa tunggu lagi? Mari terjah kaunter Touch ‘N Go! Beratus ringgit jugak tu~
Note: only a member of this blog may post a comment.