Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Saturday, 28 December 2013

Unknown

[GEMPAR] China Bina KOTA AIS




SEBUAH kren turut digunakan untuk membina kota salji dan ais tersebut.
Heilongjiang, timur laut China – Seramai 10,000 pekerja di China membina sebuah kota ais bersama berpuluh-puluh arca gergasi sempena Festival Ais dan Salji Harbin ke-30, lapor pihak penganjur semalam.

Acara itu akan membuka tirai pada 5 Januari depan. Kota dan arca-arca berkenaan dibina menggunakan bongkah ais seluas 180,000 meter persegi dan salji berkeluasan 150,000 meter persegi.
Ketika ini, kerja pembinaan sedang giat dilakukan untuk menyiapkan infrastruktur tersebut. Festival itu akan diadakan di wilayah Heilongjiang. Pekerja-pekerja memotong permukaan Sungai Songhua di sini untuk mengambil bongkah-bongkah ais yang diperlukan untuk membina kota dan arca tersebut.
Setiap bongkah ais yang dipotong mempunyai berat mencecah 250 kilogram. Ketulan ais itu kemudian akan diukir menjadi sebuah arca yang cantik. – Agensi

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.