- Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengingatkan penyokong BN supaya tidak terlalu obses dengan calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud dan mengingatkan pilihan raya kecil itu bukan pertandingan ratu cantik.
“Pilihan raya kecil Teluk Intan bukan pertandingan ratu cantik, kewibawaan calon lebih penting,” katanya semasa mentweet semula komen sendiri yang disiarkan dalam sebuah harian berbahasa Inggeris hari ini.
Dalam sidang media di Teluk Intan hari ini, Khairy berkata, Dyana hanya muka baru tidak berpengalaman berbanding calon BN yang juga seorang timbalan menteri.
Katanya, jika Dyana dipilih, peguam muda itu tidak mempunyai akes kepada agensi persekutuan semasa berkhidmat dan ia berbeza dengan Mah.
“Pengundi Teluk Intan tidak hanya melihat pada umur, tetapi lihat juga kebijaksanaan,” katanya.
Sumber: malaysiakini
Note: only a member of this blog may post a comment.